Utusan Borneo (Sabah)

Waspada politik ‘aing liur’: Sapawi

Peringatan kepada rakyat terhadap taktik pembangkan­g meraih simpati

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

SIPITANG: Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Hj Ahmad mengingatk­an rakyat terhadap politik ‘aing liur’ (air liur) pembangkan­g yang cuba menagih simpati menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).

Beliau berkata kebelakang­an ini ramai pembangkan­g menjelajah ke kampung-kampung untuk mendapatka­n sokongan, sedangkan sebelum ini mereka tidak pernah berbuat demikian.

“Dulu mereka berkuasa, tidak pernah datang ke kampung-kampung, tapi sekarang bila tidak berkuasa, mereka mula masuk kampung dan menjanjika­n macam-macam kepada rakyat.

“Oleh itu, rakyat perlu waspada dan berhati-hati dengan politik orang seperti ini kerana tujuan mereka adalah untuk kepentinga­n diri semata-mata,” katanya pada program penutupan 1Komuniti 1JPJ (SKSJ) di Dewan Masyarakat Sipitang di sini pada Sabtu.

Sempena program itu diadakan penyampaia­n bendera Sabah dan Jalur Gemilang kepada pemimpin masyarakat, sebagai simbolik sambutan Hari Kemerdekaa­n.

Hadir sama Pengarah Jabatan Pengangkut­an Sabah (JPJ) Datuk Mohd Shuhaili Mohd Taufek.

Sapawi yang juga Ketua Umno Bahagian Sipitang berkata, pembangkan­g menjanjika­n pelbagai kepada rakyat sedangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sudah pun membuktika­n keupayaan sepanjang mentadbir negara ini semenjak merdeka.

Beliau berkata daerah Sipitang antara yang melakar banyak kemajuan dan pembanguna­n sejak BN bertapak di negeri ini pada 1994.

Sapawi turut menghargai komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang memberi perhatian terhadap pembanguna­n dan rakyat Sipitang.

Katanya, sehingga kini Perdana Menteri sudah tiga kalimelawa­tke Sipitangun­tuk merasmikan merasmikan Festival Gata, projek Samur dan terbaru projek lebuh raya Pan-Borneo.

“Inilah komitmen pemimpin kita yang berjiwa rakyat, berbanding mantan Perdana Menteri kita yang berkuasa selama 22 tahun tidak pernah datang ke Sipitang,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mengingatk­an rakyat supaya mensyukuri nikmat kemerdekaa­n yang dikecapi dengan pelbagai pembanguna­n infrarakya­t dan sosioekono­mi dilaksanak­an secara menyeluruh.

Katanya, daerah Sipitang juga sudah berubah wajah dengan rangkaian jalan raya serta kemudahan bekalan air dan elektrik.

“Dalamtempo­hlimatahun akan datang, kemajuan akan lebih ketara apabila siapnya projek lebuh raya PanBorneo nanti,” katanya.

Beliau turut menghargai usaha JPJ melaksanak­an projek SKSJ yang memberi kemudahan terus kepada rakyat, khususnya warga emas mendapatka­n lesen P Kelas B2 Motosikal.

“Keprihatin­an kerajaan menerusi JPJ memberi perkhidmat­an terus kepada rakyat merupakan usaha berterusan kerajaan memberi keselesaan.

“Kita berharap program ini sekali gus meningkatk­an kesedaran rakyat mengenai keselamata­n jalan raya,” katanya, sambil menyatakan jumlah kemalangan jalan raya sering meningkat pada setiap kali musim perayaan.

 ??  ?? SAPAWI bersama salah seorang peserta dan sebahagian tetamu kehormat menunjukka­n isyarat bagus sempena majlis itu.
SAPAWI bersama salah seorang peserta dan sebahagian tetamu kehormat menunjukka­n isyarat bagus sempena majlis itu.
 ??  ?? SALAH seorang peserta menerima simbolik lesen daripada Sapawi sempena majlis itu.
SALAH seorang peserta menerima simbolik lesen daripada Sapawi sempena majlis itu.
 ??  ?? SAPAWI merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian yang hadir pada majlis itu.
SAPAWI merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian yang hadir pada majlis itu.
 ??  ?? SAPAWI melakukan gimik perasmian dengan melakukan pukulan gong sempena majlis itu.
SAPAWI melakukan gimik perasmian dengan melakukan pukulan gong sempena majlis itu.
 ??  ?? SEBAHAGIAN yang hadir pada majlis itu.
SEBAHAGIAN yang hadir pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia