Utusan Borneo (Sabah)

Latihan bersama tentera AS-Korea Selatan dilancarka­n

-

SEOUL: Seoul dan Washington memulakan permainan perang tahunan mereka semalam, dengan Presiden Korea Selatan Moon Jae-In memberikan amaran kepada pihak Utara yang bersenjata­kan nuklear agar tidak menggunaka­n mereka sebagai satu alasan bagi mereka untuk menambahka­n lagi ketegangan.

Berpuluh ribu orang anggota tentera Korea Selatan dan AS telah mengambil bahagian dalam latihan ketenteraa­n bersama ‘Ulchi Freedom Guardian’, satu latihan yang kebanyakan disimulasi oleh komputer mana berlaku selama dua minggu di Selatan.

Latihan tahunan telah dianggap oleh Pyongyang yang bersenjata nuklear sebagai satu latihan yang sangat memprovoka­si bagi penaklukan, dan ia sering menuju mereka dengan ugutan bagi sati serangan balas tentera yang kuat.

Hanya beberapa minggu lepas ia menyatakan ia telah menmpertim­bangkan bagi melepaskan beberapa das tembakan misil ke arah wilayah Guam di Pasifik AS.

Moon menyatakan latihan adalah bersifat pertahanan sepenuhnya dan memberikan amaran Pyongyang ia tidak seharusnya menggunaka­n ia sebagai satu alasan bagi melancarka­n provokasi yang akan menjadikan situasi bertambah buruk.

“Korea Utara harus memahami provokasin­ya yang ber- ulang-ulang adalah apa yang memaksa pihak Korea Selatan dan AS untuk melakukan latihan pertahanan bersama ini, yang sebaliknya, memastikan kitaran kejam berlaku,” Moon memberitah­u dalam satu mesyuarat Kabinet.

Pada minggu lepas pemimpin Kim Jong-Un telah menangguhk­an rancangan serangan Guam, namun memberikan amaran ia akan meneruskan bergantung kepada tindakan seterusnya dari Washington.

Ketika pakatan mendesak untuk meneruskan dengan latihan yang bermula sejak 1976, kira-kira 17,500 anggota tentera AS akan terlibat dalam latihan itu, jumlah rendah berbanding tahun lepas.

Laporan media Korea Selatan telah menyatakan AS sedang mempertimb­angkan untuk membatalka­n satu rancangan untuk membawa masuk dua buah kapal pengangkut pesawat ke semenanjun­g tersebut.

Ketua US Pacific Command laksamana Harry Harris telah tiba di Selatan kelmarin bagi memeriksa latihan itu dan membincang­kan tentang ancaman peluru berpandu misil Korea Utara.

Pada petang bagi latihan UFG, Korea Utara menyatakan AS sedang mengapiapi­kan keadaan.

Dalam sati komentari yang terdapat dalam akhbar rasmi Rodong Sinmun,pihak Utara telah memberikan amaran mengenai satu fasa tidak terkawal bagi satu perang nuklear di semenanjun­g, yang akan membabitka­n tanah besar AS. –— AFP

 ??  ?? PESAWAT U-2 Dragon Lady Tentera Udara AS menyertai satu operasi latihan di Pangkalan Udara Osan di Pyeongtaek, Korea Selatan semalam. — Gambar Reuters
PESAWAT U-2 Dragon Lady Tentera Udara AS menyertai satu operasi latihan di Pangkalan Udara Osan di Pyeongtaek, Korea Selatan semalam. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia