Utusan Borneo (Sabah)

Nahas kapal tentera laut AS, 10 hilang

Kapal pemusnah berpeluru berpandu USS John S. McCain dilanggar kapal dagang

-

SINGAPURA: Seramai 10 kelasi AS telah hilang dan lima tercedera semalam selepas kapal pemusnah mereka bertembung dengan sebuah kapal tangki di timur Singapura, kemalangan kedua melibatkan sebuah kapal perang Amerika Syarikat (AS) dalam masa dua bulan.

Kapal pemusnah dengan peluru berpandu USS John S. McCain telah bertembung dengan kapal dagang Alnic MC berhampira­n Selat Melaka pada awal pagi, menurut Tentera Laut AS.

“Laporan awal menyatakan John S. McCain mengalami kerosakan di bahagian tepi kapal,” menurutnya dalam satu kenyataan ketika kapal itu menuju ke pelabuhan di Singapura.

“Sepuluh kelasi hilang dan lima kelasi cedera.

“Usaha mencari dan menyelamat sedang dilakukan dengan kerjasama daripada pihak berkuasa tempatan,” menurut

Empat kelasi yang tercedera telah dipindahka­n dari kapal perang itu ke hospital Singapura dengan helikopter dengan kecederaan yang tidak membahayak­an nyawa, sementara mangsa kelima tidak memerlukan rawatan perubatan lanjut, kata pihak tentera laut.

Kapal pemusnah itu sedang belayar di bawah kuasanya sendirinya selepas pelanggara­n dengan kapal tangki yang didaftarka­n di Liberia pada jam 5.24 pagi waktu tempatan.

Kapal itu menuju satu persinggah­an rutin di Singapura.

Kapal itu dinamakan sempena datuk dan ayah Senator AS John McCain, kedua-duanya adalah laksamana dalam pasukan tentera laut AS.

Presiden Donald Trump pada mulanya menyatakan “Teruk betul” dalam respons kepada soalan yang dikemukaka­n oleh wartawan mengenai pelanggara­n tersebut, ketika beliau kembali ke Rumah Putih selepas satu percutian.

Beliau kemudian menyatakan dalam Twitter: “Ingatan dan doa kami bersama kelasi @USNavy di atas kapal #USSJohnSMc­Cain di mana usaha mencari dan menyelamat sedang dilakukan.”

Ia adalah kemalangan kedua terbaharu melibatkan sebuah kapal perang AS selepas tujuh kelasi maut Jun lepas apabila kapal pemusnah USS Fitzgerald bertembung dengan sebuah kapal kargo Filipina di sebatang selat sibuk di Jepun.

Selepas insiden terbaharu semalam, usaha mencari dan menyelamat dilancarka­n.

Singapura menghantar tiga bot tunda, dan empat kapal tentera laut dan polis pengawal pantai.

Sementara itu, Malaysia, yang mana negeri selatan Johor paling hampir dengan tempat kejadian, mengarahka­n lapan kapal dan menyatakan ia akan menghantar sebuah pesawat bagi membantu dalam usaha pencarian.

Sebuah helikopter AS telah mengambil bahagian dalam pencarian dan dua pesawat Amerika turut dikerahkan, menurut Tentera Laut AS.

Kapal yang terlibat di dalam kemalangan adalah sebuah kapal tangki yang didaftarka­n di Liberia yang digunakan untuk membawa minyak dan bahan kimia seberat lebih 30,000 tan, menurut laman sesawang industri Marine Traffic.

Kapal tangki tersebut mengalami beberapa kerosakan namun tiada kru yang tercedera, menurut Lembaga Pelabuhan dan Maritim Singapura.

Terdapat pencemaran minyak dan trafik maritim di perairan Singapura tidak terjejas, jelasnya lagi.

Dalam kemalangan pada Jun lepas, pertembung­an berlaku di sebatang selat yang sibuk tidak jauh dari Yokosuka, pintu masuk pelabuhan kontena di ibu negara Jepun Tokyo Yokohama.

Kelasi yang terkorban, berusia 19 hingga 37 tahun, telah ditemui penyelam di dalam pelabuhan yang ditenggela­mi air sehari selepas kemalangan menyebabka­n satu lubang besar pada bahagian tepi Fitzgerald.

Seorang laksamana kanan mengumumka­n pada minggu lepas bahawa komander kapal pemusnah dan beberapa pegawai lain telah dibuang kerja di atas kapal akibat insiden tersebut.

Kedua-dua kapal USS John S. McCain dan USS Fitzgerald merupakan sebahagian US Seventh Fleet yang berpangkal­an di Yokosuka. — AFP

 ??  ?? KESAN pelanggara­n dapat dilihat pada bahagian tepi kapal pemusnah berpeluru berpandu USS John S. McCain di luar pangkalan tentera laut Changi di Singapura, semalam. — Gambar AFP
KESAN pelanggara­n dapat dilihat pada bahagian tepi kapal pemusnah berpeluru berpandu USS John S. McCain di luar pangkalan tentera laut Changi di Singapura, semalam. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia