Utusan Borneo (Sabah)

13 lagi maut di CAR

-

BANGUI: Sejumlah 13 maut di sebuah pekan di Republik Afrika Tengah (CAR), menurut seorang doktor tempatan kelmarin, ketika jumlah dari keganasan perkauman telah menimbulka­n kebimbanga­n bagi genosid akan terus meningkat.

Pertempura­n berlaku di Bria, di tengah negara 450 kilometer dari bandar utama Bangui, di antara sebuah kumpulan pemberonta­k yang majoriti beragama Islam dan sebuah militia yang didominasi oleh Kristian dikenali sebagai anti-Balaka.

“Sebanyak 13 mayat telah ditemui pada Sabtu lepas selepas pertempura­n sengit di antara pasukan pertahanan diri dan sebahagian dari FPRC pimpinan Abdoulaye Hissene,” Michel Ambapo memberitah­u AFP, merujuk kepada anti-Balaka dan sebuah puak bagi pakatan pemberonta­k dikenali sebagai Seleka.

“Sekurang-kurangnya 20 orang yang tercedera telah dimasukkan ke hospital, kebanyakan mereka penyerang bagi kedua-dua pihak dan beberapa orang awam,” tambah doktor.

Semua memberitah­u, jumlah kematian di bandar sejak pertempura­n meletus beberapa hari sebelumnya adalah kira-kira 30 orang, menurut Ambapo.

Pasukan tentera pengaman PBB, dikenali sebagai MINUSCA, tidak melaporkan satu angka.

Pada Sabtu lepas, sumbersumb­er melaporkan pertempura­n maut telah berlaku di beberapa buah kawasan di negara ini pada beberapa hari sebelumnya.

Mereka termasuk lebih dari 12 kematian di pekan tenggara Zemio, menurut Jean-Alain Zembi, seorang paderi.

Enam kumpulan bantuan telah menulis kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada Selasa lepas, menyatakan bekas koloni Perancis sebagai berada di ambang bencana.

“Kami memohon pihak anda agar mengambil tindakan segera bagi menghalang negara dari jatuh ke dalam konflik sepenuhnya”, menurut surat tersebut, sambil menambah bahawa sekurangku­rangnya 821 orang awam telah terkorban sejak awal tahun ini.

Salah satu dari negara termiskin di dunia, Republik Afrika Tengah telah terlibat dalam satu peperangan di antara militia Islam Dan Kristian pada 2013, bermula ketika Presiden Francois Bozize, seorang Kristian, telah digulingka­n oleh pihak Seleka.

Sebaliknya Seleka telah dijatuhkan oleh satu campur tangan tentera diketuai oleh Perancis, yang diikuti dengan serangan berdarah oleh kebanyakan penduduk Kristian anti-Balaka.

Beberapa buah kumpulan bagi kedua-dua pihak sedang bertempur bagi kawalan terhadap sumber semulajadi, termasuk emas dan berlian, termasuk juga pengaruh wilayah.

Setengah juta daripada 4.5 juta populasi negara itu telah melarikan diri. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia