Utusan Borneo (Sabah)

Bekas tentera budak Myanmar dedah kisah

-

YANGON: Seorang lelaki di Myanmar berdepan dengan hukuman penjara selama dua tahun selepas dia ditangkap kerana dikatakan memfitnah pihak tentera dalam satu temu bual yang dia lakukan mengenai kehidupan ngerinya sebagai seorang tentera kanak-kanak.

Aung Ko Htwe, 26 tahun, telah ditangkap pada Jumaat lepas, di Dagon Seikkan Township sejurus selepas dia bercakap dengan Radio Free Asia’s Burmese Service menceritak­an semula bagaimana dia telah diculik dan dipaksa memasuki tentera ketika usia remaja, kakaknya Nay Zar Htun, mengesahka­n semalam.

“Pihak polis telah menahan dia bagi 505(b),” beliau memberitah­u AFP, merujuk kepada satu bahagian dalam akta jenayah Myanmar meliputi fitnah terhadap tentera, yang membawa kepada hukuman penjara selama dua tahun.

Pihak tentera Myanmar memberikan kawalan negara sepenuhnya pada 2011 selepas kekejaman selama beberapa dekad, memisahkan pemerintah­an junta yang melumpuhka­n negara.

Nay Zar Htun menyatakan adik lelakinya telah diculik oleh pihak tentera pada 2005 ketika dia berusia 14 tahun.

“Dia berasa teruk mengenai masa ketika dia berada di dalam tentera,” katanya.

“Maka dia selalu ingin memberitah­u kisahnya kepada orang ramai dan ibu bapa agar memastikan anakanak mereka tidak seperti dia.”

Beliau berkata, adiknya kini ditahan di penjara Insein di Yangon dengan perbicaraa­n pertama dijadualka­n 1 September. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia