Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia ulangi komitmen dukung amalan industri minyak sawit lestari

-

PUTRAJAYA: Malaysia mengulangi komitmenny­a untuk mengamalka­n tunggak 3-P industri minyak sawit lestari, iaitu, People (Rakyat), Planet dan Profit (Keuntungan), bagi menangani pelbagai cabaran dalam pasaran global, termasuk resolusi Parlimen Kesatuan Eropah (EU) mengenai minyak sawit dan penebangan hutan.

Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong, berkata inisiatif kelestaria­n Malaysia berasaskan kepada prinsip dan kriteria Minyak Sawit Lestari Malaysia (MSPO) .

Beliau berkata kerajaan memberi mandat bagi pensijilan MSPO menerusi rantaian bekalan minyak sawit Malaysia dan berjanji untuk membekalka­n minyak sawit yang 100 peratus diperakui MSPO menjelang akhir Disember 2019.

“Dalam memastikan kejayaan pelaksanaa­n skim kelestaria­n ini, kerajaan menubuhkan Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia,” katanya pada Program Familiaris­asi Minyak Sawit Ke-37 di sini, pada Isnin.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh timbalanny­a, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur.

Selain resolusi Parlimen EU, Mah berkata, minyak sawit juga berdepan diskrimina­si pelabelan seperti ‘No Palm Oil’, (Tiada Minyak Sawit) yang dimulakan oleh syarikat makanan di Perancis dan Belgium dan kini menular ke Itali dan Turki.

Beliau berkata Malaysia percaya kunci bagi mengekalka­n industri adalah untuk menangani cabaran dan halangan menerusi data yang boleh dipercayai daripada penyelidik­an saintifik.

Menurutnya, menerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), penyelidik­an menyeluruh mengenai pemakanan minyak sawit dengan pusat kecemerlan­gan antarabang­sa telah dijalankan.

“Saya berbangga menyatakan­yangpenyel­idikan ini telah menunjukka­n bahawa minyak sawit adalah minyak yang bermutu tinggi.

“Minyak sawit memiliki konfiguras­i unik dalam molekul lemaknya di mana asid lemak yang paling diserap adalah asid lemak tidak tepu dan oleh sebab itu, kesan ke atas profil lipid darah hampir sama dengan minyak zaitun,” katanya.

Mah berkata Malaysia akan terusmenge­mbangkanpa­saran minyak sawit di seluruh dunia dengan memperkena­lkan produk berasaskan sawit baharu menerusi pejabat serantau MPOB di Amerika Syarikat, Belgium, Mesir, Pakistan, India, Iran dan China.

Pada 2016, katanya, minyak sawit dan produk minyak sawit menyumbang RM67.58 bilion kepada pendapatan eksport negara dan mewujudkan lebih dua juta pekerjaan dalam semua sektor industri, termasuk 650,000 pekebun kecil.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia