Utusan Borneo (Sabah)

Turki, Singapura sahkan perjanjian perdaganga­n bebas

-

SINGAPURA: Turki dan Singapura mencatat satu lagi peristiwa penting dalam hubungan ekonomi dua hala mereka dengan pengesahan Perjanjian Perdaganga­n Bebas Turki-Singapura (TRSFTA) pada Isnin.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, Menteri Perdaganga­n dan Industri Singapura, S. Iswaran berkata, perjanjian yang ditandatan­gani pada November 2015 itu akan berkuat kuasa pada 1 Oktober 2017.

“Ia akan mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan dan pelaburan untuk syarikat di kedua-dua negara.

“Singapura dan Turki masing-masingbera­dadilokasi strategik di Asia dan Eropah dan boleh menjadi pintu masuk kepada pasaran serantau yang lebih besar. Saya berharap perkembang­an hubungan perniagaan serta pelaburan antara Turki dan Singapura dapat dipertingk­atkan lagi,” katanya.

Menurut Kementeria­n Perdaganga­n dan Industri (MTI) Singapura, rundingan mengenai TRSFTA telah dilancarka­n Perdana Menteri, Lee Hsien Loong serta Perdana Menteri pada masa itu dan kini Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan pada Januari 2014 dan dimuktamad­kan pada Okober 2015.

MTI berkata, pengesahan perjanjian tersebut dibina atas kerjasama strategik antara Lee dan Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoglu pada Oktober 2014.

“TRSFTA adalah perjanjian perdaganga­n bebas komprehens­if Turki yang pertama dalam satu usaha tunggal.

“Ia termasuk komitmen perjanjian pertama Turki dalam perolehan kerajaan dan elemen baharu seperti hak harta intelek, edagang, persaingan dan ketelusan,” kata kementeria­n berkenaan.

Katanya,TRSFTA akan mengurangk­an halangan kepada perdaganga­n dan pelaburan antara Turki dan Singapura, meningkatk­an akses kepada sektor perkhidmat­an dan pasaran perolehan, serta menggalakk­an kesambunga­n lebih meluas antara perniagaan dan rakyat.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia