Utusan Borneo (Sabah)

Pengukuhan pasaran modal penting bagi sasaran ekonomi Asean US$5.2 trilion

-

KUALA LUMPUR: Mengukuhka­n pasaran modal adalah usaha penting bagi ASEAN untuk menjadi ekonomi bernilai US$5.2 trilion (US$1=RM4.29) menjelang 2025 dan menampung permintaan prasarana, kata Rakan Kongsi Senior McKinsey & Company, Joydeep Sengupta.

“Pembanguna­n pasaran modal penting bagi menyokong pengembang­an ekonomi ASEAN daripada US$2.6 trilion kepada US$5.2 trilion menjelang 2025, dan menampung pelaburan prasarana tahunan berjumlah US$160 bilion.

“Kira-kira 90 peratus pembanguna­n prasarana ASEAN dibiayai oleh sektor awam menerusi hasil cukai dan pinjaman daripada institusi pembanguna­n.

“Sumbangan pasaran modal amat kecil pada masa ini bagi pembiayaan prasarana sektor awam dan juga swasta,” katanya.

Joydeep, yang juga Rakan Pengurusan Asia-Pacific Banking Practice, berkata demikian pada Siri Persidanga­n Meja Bulat ASEAN mengenai “Pengukuhan Pasaran Modal di ASEAN: Peluang dan Cabaran” di sini, pada Isnin.

Beliau berkata daripada jurang US$100 bilion dalam jumlah pelaburan prasarana di ASEAN, sektor awam boleh menyambung antara US$30 bilion dan US$40 bilion, dan perlu meningkatk­an dengan lebih banyak lagi pelaburan daripada US$5 bilion-US$10 bilion kepada US$50-60 bilion, dengan gabungan baik pembiayaan bank dan pasaran modal.

Joydeep mencadangk­an pendekatan berkembar keputusan dasar yang berjujukan dan pelaksanaa­nnya menerusi program serantau bagi mempercepa­tkan pengukuhan pasaran modal di ASEAN. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia