Utusan Borneo (Sabah)

Ekonomi Malaysia dalam aliran meningkat, kata ketua perangkaan

-

PUTRAJAYA: Ekonomi Malaysia dalam aliran meningkat, dengan pelaburan bernilai tinggi memasuki negara pada suku ketiga tahun ini, kata Ketua Perangkaan Jabatan Perangkaan Dr Mohd Uzir Mahidin.

“Momentum itu biasanya mengambil masa untuk mengubah arah. Sekarang ia dalam trend pengembang­an dan penunjuk utama kita juga menunjukka­nnya,” katanya kepada media selepas menghadiri taklimat Perangkaan Ekonomi Suku Kedua 2017 di sini pada Isnin.

Mohd Uzir berkata Malaysia masih mempunyai potensi yang baik untuk berkembang kerana perdaganga­n barangan bernilai RM1.4 trilion setahun.

“Oleh itu, jika kita melihat pada suku ketiga, terdapat pelaburan bernilai tinggi yang datang untuk melabur di Bursa Malaysia dan sektor hartanah,” katanya.

Mengenai tahap pengembang­an, beliau berkata, ia bergantung kepada Kementeria­n Kewangan untuk membuat unjuran.

“Dalam tempoh dua minggu, Jabatan Perangkaan akan mengeluark­an perangkaan penting, iaitu angka eksport bagi Julai untuk melihat sama ada negara boleh mengekalka­n pertumbuha­n atau tidak,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, jabatan dalam proses untuk mengeluark­an Kajian Suku Tahunan Perkhidmat­an secara bulanan yang akan siap dalam tempoh satu hingga dua tahun.

“Kami juga akan berusaha untuk menghasilk­an keluaran dalam negara kasar (KDNK) berdasarka­n pendekatan pendapatan sebagaiman­a yang diamalkan oleh negara-negara membangun tertentu, berbanding dengan KDNK semasa kita yang berasaskan nilai tambah dan perbelanja­an,” katanya.

Beliau berkata untuk menghasilk­an KDNK berdasarka­n pendekatan pendapatan, jabatan perlu mengetahui perangkaan, termasuk pekerjaan, gaji, keuntungan, dan pecahan nilai tambah komponen.

“Agak sukar untuk memperoleh daripada pengumpula­n data biasa dan sangat sukar ... jadi kita masih memerlukan masa,” katanya.- Bernama

 ?? - GambarBERN­AMA ?? KETUA Perangkaan Malaysia Dr Mohd Uzir Mahidin menunjukka­n Carta Ekonomi Malaysia 2016 semasa Taklimat Ekonomi Suku Kedua Tahun 2017 di Jabatan Perangkaan Malaysia pada Isnin.
- GambarBERN­AMA KETUA Perangkaan Malaysia Dr Mohd Uzir Mahidin menunjukka­n Carta Ekonomi Malaysia 2016 semasa Taklimat Ekonomi Suku Kedua Tahun 2017 di Jabatan Perangkaan Malaysia pada Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia