Utusan Borneo (Sabah)

Jangan terlalu pilih kerja

Rebut peluang kerjaya yang ditawarkan, kata Sapawi

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

“Melalui program ini, kedua-dua pihak akan memperoleh manfaat dalam mendapatka­n pekerjaan sesuai dengan kebolehan mereka dan bagi pihak majikan pula, mereka mendapat tenaga kerja yang berpotensi. DATUK SAPAWI AHMAD Ahli Parlimen Sipitang

SIPITANG: Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad menasihati pencari kerja khususnya di negeri ini supaya tidak memilih pekerjaan, sebaliknya harus merebut peluang kerjaya yang ditawarkan.

Beliau berkata, sikap sedemikian harus diketepika­n bagi memenuhi kehendak serta keperluan semasa industri dan syarikat sekali gus membantu membangunk­an negara ke tahap yang lebih maju.

Melalui Program Kerjaya Kebangsaan 2.0 2017 yang dianjurkan Jabatan Tenaga Kerja Sabah (JTKS), ia dilihat dapat membantu golongan pencari kerja mendapatka­n pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan mereka.

“Melalui program ini, kedua-dua pihak akan memperoleh manfaat dalam mendapatka­npekerjaan­sesuai dengan kebolehan mereka dan bagi pihak majikan pula, mereka mendapat tenaga kerja yang berpotensi.

“Kerjasama pihak majikan menerusi program ini juga secara tidak langsung membantu kerajaan dalam usaha mengurangk­an jumlah pengganggu­ran di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika di temui selepas menyempurn­akan Program Kerjaya Kebangsaan 2.0 2017 (Train Ride Sabah) di Dewan Masyarakat Sipitang, pada Isnin.

Dalampadai­tu, Sapawiyang juga pengarah Yayasan Sabah memberitah­u Kumpulan Yayasan Sabah turut serta dalam menyediaka­n peluang pekerjaan kepada masyarakat di negeri ini.

Katanya, ia jelas terbukti apabila kerajaan menyediaka­n Pusat Kraftangan Sabah (PKS) di Keningau yang berfungsi memberi latihan pembuatan kraftangan serta memberi peluang kepada usahawan memasarkan hasil mereka.

“Dengan penubuhan PKS, peluang pekerjaan baharu dan limpahan ekonomi telah diwujudkan di luar bandar dan terbukti lebih 20,000 orang mendapat manfaat daripada program kraftangan yang dianjurkan Kumpulan Yayasan Sabah.

“Dengan terbinanya Pusat Konvensyen Antarabang­sa Sabah (SICC) itu nanti, ia juga akan memberikan peluang pekerjaan baharu kepada lebih 10,000 orang di negeri ini,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? SAPAWI melakukan pukulan gong sebagai simbolik perasmian program berkenaan.
SAPAWI melakukan pukulan gong sebagai simbolik perasmian program berkenaan.
 ??  ?? SEBAHAGIAN yang hadir merakamkan gambar album bersama Sapawi sempena majlis itu.
SEBAHAGIAN yang hadir merakamkan gambar album bersama Sapawi sempena majlis itu.
 ??  ?? SEBAHAGIAN yang hadir pada majlis itu.
SEBAHAGIAN yang hadir pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia