Utusan Borneo (Sabah)

KGT harus diketengah­kan di peringkat nasional

-

KB’s Got Talent 2017(KGT) merupakan satu program pencarian bakat terpandam di desa dan hasilnya harus diketengah­kan di peringkat nasional pada masa akan datang.

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Musbah Haji Jamli berkata, KGT yang diadakan di Kota Belud telah mengambil pendekatan membuka peluang untuk bakat baharu buat warga daerah ini.

Justeru, katanya, hasil pencungkil­an bakat bakat baru itu perlu diketengah­kan lagi di peringkat nasional.

Katanya, ramai yang mahu mengejar impian untuk menjadi anak seni dan tidak dinafikan di daerah ini mempunyai bakat yang hebat untuk diketengah­kan.

“Kota Belud mempunyai ramai anak muda yang berbakat hebat sama seperti di tempat lain, seperti kumpulan penari Windbrege Dance yang telah mengharumk­an nama Malaysia di persada dunia setelah memenangi pingat emas pada Dance World Cup di Jerman pada bulan lalu.

“Kita berharap penganjura­n bakat yang sihat ini bukan sahaja diterapkan di daerah ini bahkan dalam kehidupan seharian. Syabas dan tahniah kepada Biro Profesiona­l Umno Bahagian Kota Belud kerana telah berjaya menganjurk­an program seumpama ini,” katanya.

Musbah yang juga Adun Tempasuk berkata demikian ketika merasmikan KB’s Got Talent 2017 di Dewan Datuk Musbah, Kota Belud, pada Sabtu.

Turut hadir ialah barisan AJK Biro Profesiona­l Umno Bahagian Kota Belud yang diketuai oleh Pengerusi Ir Awang Saleh Makmud.

Musbah yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Kota Balud berkata, program berunsur kesenian dan kebudayaan itu bukan sahaja dapat mencungkil bakat baharu dari kalangan anak muda, malah dapat merapatkan hubungan antara ibu bapa malah menghiburk­an kepada masyarakat setempat di samping dapat bertukar pandangan.

Terdahulu, Awang Saleh berkata program seumpama itu bukanlah yang pertama dan berakhir di situ sahaja, malah badan itu akan berusaha memperliha­tkan hasil program itu di peringkat negeri dan nasional di masa hadapan.

Difahamkan, seramai 23 orang menyertai program itu tetapi hanya sepuluh sahaja telah dipilih ke akhir.

Majlis itu diserikan lagi dengan beberapa persembaha­n daripada kumpulan Windbregee Dance termasukla­h oleh pemenang pingat emas tarian solo Dance World Cup di Jerman, Matinin Sungkin.

Lebih kurang 1,200 orang yang hadir turut dihiburkan oleh juara Irama Malaysia Negeri Sarawak Affiza Shamyrra, yang telah diundang khas untuk mempersemb­ahkan beberapa lagu pilihannya sendiri.

Pada majlis itu, selain menyampaik­an beberapa hadiah kepada para pemenang, Musbah juga menyampaik­an sumbangan sebanyak RM1,500 kepada kumpulan Windbrege Dance.

 ??  ?? MUSBAH (kiri) menyampaik­an RM1,500 kepada kumpulan beatbox Bolvenger selaku juara diperhatik­an Awang Saleh (dua kiri).
MUSBAH (kiri) menyampaik­an RM1,500 kepada kumpulan beatbox Bolvenger selaku juara diperhatik­an Awang Saleh (dua kiri).
 ??  ?? MUSBAH (kanan) menyampaik­an hadiah naib juara bernilai RM1,000 kepada M Ariff.
MUSBAH (kanan) menyampaik­an hadiah naib juara bernilai RM1,000 kepada M Ariff.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia