Utusan Borneo (Sabah)

Elak gejala negatif bermula dari rumah

Pencegahan terbaik penyalahgu­naan dadah kalangan remaja, pelajar adalah melalui agama, nilai diterap sejak kecil

-

“Melalui

agama dan nilai ini kita sudah terapkan dari kecil dan menjadi pelindung diri daripada terlibat dalam apa sahaja gejala negatif temasuk dadah.

MUKAH: Sikap menahan diri daripada dipengaruh­i gejala negatif harus bermula dari rumah dan komuniti setempat.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Datuk Fatimah Abdullah berkata pencegahan terbaik penyalahgu­naan dadah dalam kalangan remaja dan pelajar adalah melalui agama dan nilai diterap sejak kecil.

“Melalui agama dan nilai ini kita sudah terapkan dari kecil dan menjadi pelindung diri daripada terlibat dalam apa sahaja gejala negatif temasuk dadah,” katanya pada Majlis Pelancaran Komuniti Bersama Memerangi Dadah Daerah Dalat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Oya, pada Ahad.

Bagaimanap­un, tidak dapat disangkal ada faktor-faktor lain mempengaru­hi seseorang remaja atau pelajar ketika membesar.

Walaupun sudah ada agensi penguatkua­saan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), masih ada peranan bukan berbentuk penguatkua­saan.

“Pihak sekolah umpamanya boleh mengesan perubahan dan seterusnya membimbing pelajar bermasalah terutama dalam gejala dadah,” jelasnya.

Beliau percaya di peringkat sekolah menengah juga ada terdapat program khusus membantera­s gejala ini namun harus dilakukan dengan menyasarka­n golongan tepat.

DATUK FATIMAH ABDULLAH

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

 ??  ?? FATIMAH (kiri) ketika melihat salah satu bahan pameran yang dipamerkan pada pelancaran program itu.
FATIMAH (kiri) ketika melihat salah satu bahan pameran yang dipamerkan pada pelancaran program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia