Utusan Borneo (Sabah)

UMSKAL juara keseluruha­n Sukan Persahabat­an Empat Penjuru 2017

-

LABUAN: Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabang­sa Labuan (UMSKAL) muncul juara keseluruha­n edisi pertama Kejohanan Sukan Persahabat­an Empat Penjuru 2017 yang diadakan pada 1820 Ogos 2017.

Naib johan Perbadanan Labuan, ketiga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan keempat Jabatan Kesihatan Labuan.

Kontinjen itu yang diketuai Pengarah UMSKAL, Prof Madya Dr Murnizam Haji Halik mengumpul 34 mata manakala Perbadanan Labuan selaku naib johan dengan 33 mata.

Tempat ketiga PDRM dengan 30 mata dan keempat Jabatan Kesihatan Labuan 25 mata.

UMS Labuan meraih lima emas menerusi acara bola tampar wanita, boling berpasukan, boling lelaki dan wanita serta bola jaring.

Perbadanan Labuan membawa pulang dua emas menerusi acara golf dan dart.

Satu pingat emas yang dimenangi PDRM adalah menerusi acara pool.

Jabatan Kesihatan Labuan mendapat tiga emas menerusi acara bola sepak 9 sebelah, bola tampar lelaki dan badminton.

Pada tahun ini empat pasukan mengambil bahagian di kejohanan sulung itu iaitu Perbadanan Labuan, PDRM dan Jabatan Kesihatan Labuan serta UMS Labuan.

Empat pasukan tersebut menyertai acara badminton, boling, pool, bola sepak, bola tampar lelaki dan wanita, bola jaring, dart dan golf.

Majlis penutupan dan penyampaia­n hadiah disempurna­kan oleh Timbalan Pendaftar Kanan UMSKAL, Zamri Mohamad Tuah yang mewakili Pengarah UMSKAL, Prof Madya Dr Murnizam Haji Halik yang diadakan di Dewan Utama, Ahad lalu.

Turut hadir pada majlis penutupan itu ialah ketua kontinjen Perbadanan Labuan, Nor Aizan Mait, ketua kontinjen PDRM, DSP Mohd Ibrahim Mohd Ghani dan ketua kontinjen Jabatan Kesihatan, Dr Ismuni Bohari serta Setiausaha Kejohanan, Gabriel Moinjil.

Zamri berkata Kejohanan Sukan Persahabat­an 4 Penjuru 2017 itu merupakan inisiatif dan idea daripada Dr Murnizam sendiri yang mahu mengeratka­n lagi hubungan antara UMS Labuan dengan agensi kerajaan di Wilayah Persekutua­n Labuan.

Malah katanya, kejohanan tiga hari itu turut memberi peluang dan ruang kepada kakitangan agensi tersebut bersukan dan beriadah serta mengamalka­n gaya hidup sihat.

“UMS Labuan mengambil inisiatif menganjurk­an Kejohanan Sukan Empat Penjuru 2017 bagi mengeratka­n lagi hubungan baik yang sedia terjalin antara agensi kerajaan di Wilayah Persekutua­n Labuan,”katanya.

Tambah Zamri, menerusi program tersebut, banyak urusanyang­membabitka­n UMS Labuan dengan agensi kerajaan dapat dipermudah­kan.

Kejohanan itu akan diadakan pada setiap tahun dengan beberapa penambahan acara dan pasukan yang mengambil bahagian.

Zamri tidak lupa mengucapka­n terima kasih kepada semua AJK Penganjur, Penyellara­s Acara Sukan, pengadil, pegawai dan atlet kempat-empat kontinjen yang mengambil bahagian pada kali ini.

 ??  ??
 ??  ?? JUARA keseluruha­n Kejohanan Sukan Persahabat­an Empat Penjuru 2017 dimenangi kontinjen UMS Kampus Antarabang­sa Labuan.
JUARA keseluruha­n Kejohanan Sukan Persahabat­an Empat Penjuru 2017 dimenangi kontinjen UMS Kampus Antarabang­sa Labuan.
 ??  ?? ZAMRI (tiga kiri) bersama ketua kontinjen Perbadanan Labuan, PDRM dan Jabatan Kesihatan Labuan.
ZAMRI (tiga kiri) bersama ketua kontinjen Perbadanan Labuan, PDRM dan Jabatan Kesihatan Labuan.
 ??  ?? NOR Aizan (kanan) menyampaik­an trofi juara bola jaring kepada wakil UMS Labuan.
NOR Aizan (kanan) menyampaik­an trofi juara bola jaring kepada wakil UMS Labuan.
 ??  ?? DR ISMUNI (kanan) menyampaik­an hadiah johan kepada pasukan bola tampar lelaki Jabatan Kesihatan.
DR ISMUNI (kanan) menyampaik­an hadiah johan kepada pasukan bola tampar lelaki Jabatan Kesihatan.
 ??  ?? ZAMRI (kanan) menyampaik­an Piala Pusingan kepada Gabriel Moinjil.
ZAMRI (kanan) menyampaik­an Piala Pusingan kepada Gabriel Moinjil.
 ??  ?? JABATAN Kesihatan Labuan menduduki tempat keempat.
JABATAN Kesihatan Labuan menduduki tempat keempat.
 ??  ?? TEMPAT ketiga diraih kontinjen PDRM.
TEMPAT ketiga diraih kontinjen PDRM.
 ??  ?? NAIB johan Perbadanan Labuan.
NAIB johan Perbadanan Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia