Utusan Borneo (Sabah)

Harrif sumbang emas dalam kesakitan

-

PUTRAJAYA: Melawan kesakitan akibat keretakan pinggang yang dialami pelumba elit negara Mohd Harrif Saleh, tiga minggu sebelum Sukan SEA ke29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017) berlangsun­g, nyata berbaloi apabila beliau berjaya mempertaha­nkan emas dalam acara Kriterium Lelaki di Dataran Putrajaya di sini, pada Isnin.

Pada awalnya, beliau turut runsing mengenai peluangnya untuk menyertai KL2017, dan keputusan itu bergantung kepada Institut Sukan Negara (ISN) sama ada boleh membenarka­nnya untuk berlumba.

“Saya berterima kasih kepada ISN kerana banyak membantu saya dan mulamula saya bimbang juga dengan keadaan saya sebab mereka (ISN) tak berani nak lepaskan saya berlumba tapi semangat saya kuat, sebab nak buat yang terbaik selaku tuan rumah, jadi saya cuba lawan benda ni.

“Sakit tu memang ada lagi tapi saya rasa nak hadiahkan sesuatu kepada Malaysia dan dalam masa yang sama, saya pun nak pertahanka­n emas saya di Singapura (pada 2015) dan alhamdulil­lah, hari ini saya pertahanka­n emas,” katanya kepada pemberita selepas acara penerimaan pingat di sini.

Pingat acara Kriterium Lelaki dikalungka­n oleh Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang hadir menyaksika­n acara berkenaan, manakala Kriterium Wanita oleh Presiden Persekutua­n Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Abu Samah Wahab.

Pada edisi ke-28 di Singapura, dua tahun lalu, Mohd Harrif merangkul emas acara yang sama selain meraih satu lagi emas dalam acara Lepas Beramai-Ramai Individu.

Dalam pada itu, beliau yang merupakan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut berkata kemenangan­nya pada Isnin turut manis apabila abangnya Mohd Zamri Saleh yang juga anggota TLDM, Lumut meraih gangsa acara yang sama.

“Sebelum ini kami tidak pernah menang bersama, dan ini kali pertama. Saya rasa kemenangan ini tidak ternilai,” katanya sambil menegaskan bebannya untuk menghadiah­kan emas buat negara dalam acara kegemarann­ya Kriterium berkuranga­n selepas meraih pingat.

Bagi Mohd Zamri, beliau berterima kasih kepada TLDM kerana memberi pelepasan kepadanya untuk menyertai kem negara bagi temasya dwitahunan itu.

“Pertanding­an hari ini saya rasa tidak mudah untuk kami dapatkan emas tapi berkat doa seluruh rakyat Malaysia, kami berjaya meraih pingat emas dan gangsa. Pada 24 Ogos ini, kami ada satu lagi acara lebuh raya di Nilai dan kami akan mempertaha­nkan apa yang kami menangi di Singapura dua tahun dulu,” katanya.

Pemenang pingat perak Kriterium Wanita Ju Pha Som Net pula berkata beliau berbangga dengan pencapaian­nya kali ini berbanding gangsa di Singapura.

“Rakan pasukan memainkan peranan penting dan saya berterima kasih kepada Nur Aisyah Mohamad Zubir kerana membantu saya memenangi pingat,” katanya.

Malaysia pada Isnin meraih tiga pingat iaitu emas, perak dan gangsa dalam acara Kriterium Lelaki dan Wanita.- Bernama

 ?? - Gambar BERNAMA ?? MENTERI Belia dan Sukan Khairy Jamaludin bergambar dengan pasukan lumba basikal acara kriterium selepas pelumba negara Mohd Harrif Saleh (empat, kiri) memenangi pingat emas sementara abangnya Mohd Zamri meraih pingat gangsa di sini, pada Isnin. Pingat...
- Gambar BERNAMA MENTERI Belia dan Sukan Khairy Jamaludin bergambar dengan pasukan lumba basikal acara kriterium selepas pelumba negara Mohd Harrif Saleh (empat, kiri) memenangi pingat emas sementara abangnya Mohd Zamri meraih pingat gangsa di sini, pada Isnin. Pingat...
 ?? - Gambar BERNAMA ?? MOHD Harrif (tengah) mengangkat tangan ketika tiba di garisan penamat.
- Gambar BERNAMA MOHD Harrif (tengah) mengangkat tangan ketika tiba di garisan penamat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia