Utusan Borneo (Sabah)

Trio recurve wanita dedikasi pingat emas kepada rakyat Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Skuad recurve wanita negara mendedikas­ikan pingat emas Sukan SEA yang dinantinan­tikan sejak 12 tahun lalu kepada seluruh rakyat Malaysia selepas menang ke atas Indonesia di Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017), pada Isnin.

Kali terakhir skuad recurve wanita meraih pingat emas acara berpasukan adalah pada Sukan SEA 2005 di Manila, Filipina.

Kemenangan 5-1 ke atas Indonesia oleh gandingan Nur Afisa Abdul Halil, Nur Aliya Ghapar dan Nur Amalia Haneesha Mazlan itu mendapat gorakan gemuruh oleh penyokong sebaik sahaja keputusan diumumkan di Padang Sintetik Majlis Sukan Negara (MSN).

“Kemenangan ini kami dedikasika­n kepada semua rakyat Malaysia termasuk ibu bapa, jurulatih, penyokong dan rakan sepasukan,” kata Nur Afisa, 19, antara anggota skuad recurve berpasukan wanita yang meraih pingat gangsa di Singapura.

“Memang tidak jangka pingat emas tapi ini adalah sesuatu yang kami idamkan. Kemenangan ini adalah hasil usaha dan sokongan rakan sepasukan, jurulatih serta seluruh rakyat Malaysia,” katanya kepada pemberita.

Sementara itu, Nur Aliya yang sudah bersama skuad kebangsaan sejak lima tahun lepas, berkata kemenangan hari ini merupakan pencapaian terbaiknya.

Katanya, walaupun sudah meraih emas, mereka tidak boleh mendabik dada sebaliknya masih banyak teknik yang perlu diperbaiki untuk memperoleh pencapaian lebih tinggi.

Ini merupakan penampilan pertama di temasya dwitahunan terbesar di Asia Tenggara buat pemanah Nur Amalia Haneesha.

Pingat gangsa acara recurve berpasukan wanita diraih oleh pasukan Filipina. - Bernama

 ?? - Gambar BERNAMA ?? JUARA: Atlet memanah Lelaki dan Wanita negara bergambar bersama Pingat Emas yang diraih dalam acara Recurve Berkumpula­n Sukan SEA KL2017 pada Isnin. (Dari kiri, belakang) Muhammad Akmal Nor Hasrin, Haziq Kamaruddin, Khairul Anuar Mohamad (depan) Nur...
- Gambar BERNAMA JUARA: Atlet memanah Lelaki dan Wanita negara bergambar bersama Pingat Emas yang diraih dalam acara Recurve Berkumpula­n Sukan SEA KL2017 pada Isnin. (Dari kiri, belakang) Muhammad Akmal Nor Hasrin, Haziq Kamaruddin, Khairul Anuar Mohamad (depan) Nur...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia