Utusan Borneo (Sabah)

Dua beradik hadiahkan emas, gangsa kriterium

-

PUTRAJAYA: Mohd Harrif Salleh dan abangnya Mohd Zamri masing-masing menghadiah­kan pingat emas dan gangsa buat Malaysia dalam acara Kriterium Lelaki Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur (KL2017) yang berlangsun­g di Dataran Putrajaya di sini, pada Isnin.

Dua beradik itu memberikan saingan mantap walaupun menerima asakan daripada pencabar seperti Vietnam, Thailand dan Indonesia.

Dengan kemenangan itu, Mohd Harrif mempertaha­nkan emas acara itu yang diraihnya pada Sukan SEA Singapura 2015.

Pingat perak menjadi milik pelumba Thailand Thanawut Sanikwathi.

Ketiga-tiga mereka mencatatka­n masa 59 minit 35 saat untuk menamatkan perlumbaan sembilan pusingan melibatkan jarak sejauh 45 kilometer.

Pada pusingan pertama pertanding­an skuad Kriterium negara bermula dengan tenang dan mengekori rapat kumpulan lain sebelum pelumba daripada Vietnam cuba menjarakka­n diri pada pusingan keempat, meletakkan skuad negara di kelompok kedua.

Namun, kelompok peloton skuad negara berjaya mengekori rapat pelumba Vietnam terbabit sebelum memecut pada 100 meter terakhir pusingan dan berjaya meraih emas dan gangsa.

Dalam perlumbaan membabitka­n 39 peserta, pelumba negara yang lain Anuar Manan menduduki tempat ke-10, Mohd Shahrul Mat Amin (31), Nur Amirull Fakhruddin Mazuki (37) dan Muhammad Adiq Husainie Othman (38). - Bernama

 ?? - Gambar BERNAMA ?? MOHD Harrif (kiri) dan abangnya Mohd Zamri bergambar bersama-sama selepas masing-masing berjaya merangkul pingat emas dan gangsa dalam acara kriterium di sini, pada Isnin.
- Gambar BERNAMA MOHD Harrif (kiri) dan abangnya Mohd Zamri bergambar bersama-sama selepas masing-masing berjaya merangkul pingat emas dan gangsa dalam acara kriterium di sini, pada Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia