Utusan Borneo (Sabah)

Sepak takraw wanita raih perak

Atasi pencapaian pingat gangsa dua tahun lepas

-

KUALA LUMPUR: Skuad sepak takraw wanita negara meraih pingat perak acara regu wanita pada Sukan SEA Ke-29, mengatasi pencapaian dua tahun lepas iaitu gangsa, pada aksi yang berlangsun­g di Stadium Tertutup Titiwangsa pada Isnin.

Pada perlawanan terakhir liga sepusingan menentang Thailand, kedua-dua pasukan memerlukan kemenangan untuk mengesahka­n pingat emas setelah Malaysia dan Thailandte­rikat denganempa­t mata menerusi kemenangan ke atas Indonesia dan Filipina pada Ahad lepas.

Regu Thailand yang diketuai Thidarat Soda bermula garang pada set pertama dengan mudah menewaskan regu negara 21-10.

Skuad negara cuba bangkit di set kedua dengan memberi tentangan hebat namun Thailand ternyata berada di kelas tersendiri apabila regu negara turut tewas dengan 21-12.

Kekalahan itu menyaksika­n skuad negara meraih pingat perak dengan mengumpul empat mata keseluruha­n manakala Thailand cemerlang dengan mengumpul enam mata untuk muncul juara dan menggondol emas.

Filipina dan Indonesia berkongsi pingat gangsa berdasarka­nformatkej­ohanan yang tidak mempunyai perlawanan penentuan tempat ke-3 dan ke-4.

“Kita sedia maklum bahawa Thailand merupakan sebuah pasukan yang kuat. Apa pun kita akur dengan keputusan mencapai pingat perak ini.

“Anak buah saya telah memberi saingan sebaik mungkin namun masih terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki pada masa akan datang,” kata jurulatih negara Md Fikri Md Nor.

Untukrekod,inimerupak­an pertama kali skuad wanita negara meraih pingat perak dan merupakan pencapaian terbaik setakat ini dalam Sukan SEA. - Bernama

 ??  ??
 ?? - Gambar BERNAMA ?? PASUKAN Sepak Takraw Wanita negara menang pingat perak apabila tewas kepada Thailand acara Sepak Takraw Antara Regu Wanita Sukan SEA ke 29 KL2017 di Stadium Titiwangsa pada Isnin.
- Gambar BERNAMA PASUKAN Sepak Takraw Wanita negara menang pingat perak apabila tewas kepada Thailand acara Sepak Takraw Antara Regu Wanita Sukan SEA ke 29 KL2017 di Stadium Titiwangsa pada Isnin.
 ?? - Gambar BERNAMA ?? PEMAIN Malaysia, Nurrashida­h Abdul Rashid (kiri) melakukan aksi balik kuang ketika menentang Thailand acara Sepak Takraw Antara Regu Wanita Sukan SEA ke 29 KL2017 di Stadium Titiwangsa pada Isnin.
- Gambar BERNAMA PEMAIN Malaysia, Nurrashida­h Abdul Rashid (kiri) melakukan aksi balik kuang ketika menentang Thailand acara Sepak Takraw Antara Regu Wanita Sukan SEA ke 29 KL2017 di Stadium Titiwangsa pada Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia