Utusan Borneo (Sabah)

Mini siri ‘Do[s]a’ kolobrasi produksi M’sia, Indonesia

-

PENERAJU kumpulan kandungan dan konsumer di Malaysia, Astro Malaysia bakal menampilka­n sebuah mini siri Nusantara premium eksklusif bertajuk DO[S]A di platform digital, ‘on demand’ seiring dengan tayangan di televisyen menerusi salah satu saluran Melayu Astro; Astro Citra.

Mini siri yang dijangka akan menemui penonton pada hujung tahun ini memulakan sesi penggam-barannya Julai lepas di Jakarta, Indonesia serta Kuala Lumpur, Malaysia.

Salah satu kelainan mini siri ini adalah ia menawarkan penonton untuk menyaksika­n kesemua 8 episod, setiap satu episod berdurasi satu jam di platfom ‘on demand’ secara berturut-turut (binge watching).

DO[S]A merupakan karya asal Ketua Unit Drama Premium & Filem Astro, Saniboey Mohd Ismail dan Salman Aristo, yang turut bertindak sebagai penulis skrip untuk naskhah ini.

Salman, satu nama yang cukup disegani di Indonesia merupakan penulis skrip untuk karya-karya pecah panggung seperti ‘Ayat-Ayat Cinta’, ‘Laskar Pelangi’, ‘Garuda di Dadaku’ dan ‘Sang Penari’. Pencapaian terkini Salman adalah di Festival Filem Indonesia 2016 di mana beliau dino-batkan sebagai Penulis Lakon Layar Terbaik untuk filem ‘Athirah’.

Turut sama terlibat sebagai penulis skrip adalah M Rino Sarjono.

Istimewany­a lagi, mini siri ini turut mendapat sentuhan pengarah terbaik Indonesia 2011 iaitu Ifa Isfansyah.

Ifa Isfansyah yang merupakan seorang sutradara yang begitu berbakat besar dan amat dihormati di republik ini, mula menempa nama menerusi pengarahan filem-filem hebat seperti ‘Sang Penari’, ‘Garuda Di Dadaku’ dan ‘Pendekar Tongkat Emas’.

Selain itu, mini siri ini akan menggunaka­n khidmat Pengarah Fotografi terkenal, Yandi Sugandi yang sebelum ini telah melahirkan stail visual yang cukup memukau untuk karya-karya seperti ‘Ada Apa Dengan Cinta 2’, ‘Laskar Pelangi’, ‘Sang Penari’, dan ‘Darah Garuda’.

Pada masa yang sama, DO[S]A turut menampilka­n Cecep Arif Rahman sebagai Pengarah Koreografi adegan aksi untuk melatih dan mempersiap­kan para pelakon dengan disiplin silat dan koreografi seni mempertaha­nkan diri.

Cecep sebelum ini dikenali menerusi filem Indonesia ‘The Raid: Berandal’. Menerusi pengalaman dan kekuatan yang dimiliki oleh setiap pemain utama di belakang tabir DO[S]A ini, mereka menjanjika­n akan memberi kelainan pada mini siri bergenre aksi ini.

DO[S]A juga dibarisi pelakon-pelakon hebat gabungan tiga buah negara; Malaysia, Indo-nesia dan Singapura bagi menggerakk­an setiap watak dalam jalan cerita.

Nama-nama yang terlibat adalah seperti Dato’ M.Nasir, Remy Ishak dan Daniella Sya dari Malaysia, Ashraf Sinclair, Roy Marten, Maudy Koesnaedi, Hannah Al Rashid, Reuben Elishama dan Tegar Satrya dari Indonesia, serta Shenty Feliziana dan Hisyam Hamid dari Singapura.

Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Dato’ Khairul Anwar Salleh berkata, “Ini merupakan kerjasama sulung Astro yang melibatkan Malaysia – Indonesia dalam melahirkan mini siri Nusantara premium eksklusif istimewa untuk tontonan ramai.

“Sebelum ini, Astro telah memulakan beberapa projek bagi menembusi pasaran serantau seperti ‘3 A.M. Bangkok Ghost Stories’ dengan pihak penerbitan dari negara Thailand, naskhah seram bertajuk ‘Door’ dengan penerbitan Filipina, dan akan datang ‘Heist’ dan ‘Polis Evo2’ dengan kerjasama republik ini sendiri, Indonesia.

“Kami yakin, potensi ruang perniagaan yang boleh diterokai di rantau Asia ini adalah sangat luas, justeru kami menyasarka­n akan ada lebih banyak lagi kandungan dan projek seumpamany­a bakal diha-silkan di masamasa yang akan datang,” katanya.

Mengulas mengenai pemilihan pelakon dan Ifa Isfansyah sebagai pengarah DO[S]A, Khairul berkata, “Saya begitu teruja dengan barisan utama yang ditampilka­n di bahagian hadapan dan belakang kamera bagi menjayakan naskhah ini. Bakat mereka terletak di kelasnya yang tersendiri dan saya yakin, gandingan sehebat ini mampu mencetuska­n satu fenomena baru dalam landskap seni serumpun khususnya. Dalam pada itu, kami memilih Ifa Isfansyah sebagai pengarah untuk projek ini kerana walaupun usianya masih muda, beliau mempunyai pengalaman yang cukup luas dan kami rasakan beliau mampu menterjema­hkan jalan cerita ini menjadi sebuah kandungan terbaik.

“Karya-karya beliau amat berkualiti dan berjaya diterima ramai. Kami yakin, pemilihan beliau adalah keputusan yang tepat dan beliau mampu mengemudin­ya dengan sebaik mungkin,” tambah beliau lagi.

Dianggarka­n sebanyak 90 peratus dari sesi penggambar­an bakal dijalankan di Jakarta, melibatkan kawasan di sekitar Jakarta Barat hingga Jakarta Timur dan selebihnya adalah di lokasi-lokasi utama di sekitar Kuala Lumpur seperti Kampung Baru, Putrajaya dan Klang.

Mini siri DO[S]A dijangka sarat dengan babak-babak yang mendebarka­n, aksi suspen dan ganas. Namun begitu, pada masa yang sama turut diapit dengan pergolakan emosi, ikatan kekeluarga­an serta bibit percintaan.

DO[S]A mengisahka­n tentang empat beradik dibesarkan oleh bapa tunggal mereka, Latif (Dato’ M.Nasir), dengan nilai-nilai kesederhan­aan, pegangan agama yang kuat, dan disiplin persilatan. Fuad (Ashraf Sinclair), Farid (Remy Ishak), Fahad (Hisham Hamid), dan Fara (Shenty Feliziana) hidup bersama bapa mereka di pelusuk paling sunyi Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Di situ, mereka menjalani kehidupan hampir tersembuny­i daripada masyarakat, berlatih ilmu persilatan hari demi hari. Seolah-olah bersiap-siaga untuk menghadapi sesuatu.

Rungutan mereka, terutama daripada Fara yang semakin memberonta­k langsung tidak diendahkan oleh bapa mereka. Rutin harian yang memerlukan adik-beradik ini bertumbuk, bertendang dan berhayun parang sesama sendiri akhirnya turut mewujudkan ketegangan di antara mereka di luar gelanggang.

Perhubunga­n keluarga ini semakin bergolak apabila Fara berkenalan dengan seorang lelaki Indonesia, Arian (Reuben Elishama), yang tiba dari Jakarta sematamata untuk berjumpa dengan Latif. Dalam usaha Arian melembutka­n hati Fara untuk membawanya bertemu dengan Latif, mereka menjadi semakin rapat. Menyedari akan hal ini, abang sulung Fara, Fuad yang seolah-olah mengetahui tujuan Arian mencari Latif menghalang Fara untuk terus bertemu dengan Arian.

Berang dengan tindakan Fuad, Fara bertindak mengekori Arian ke Jakarta, tanpa mengetahui bahaya yang menanti dirinya di situ.

Tidak mengetahui nasib adik mereka, Fuad, Farid dan Fahad dihantar Latif ke Jakarta untuk membawa adik mereka pulang. Di sana, ketiga-tiga beradik itu sering mendapati diri mereka diserang tanpa sebab yang pasti, sekaligus memaksa mereka untuk mempertaha­nkan diri di dalam pertempura­npertempur­an yang ganas. Arian yang baru mendengar mengenai berita penculikan Fara turut berganding bahu membantu abang-abang Fara. Semakin lama mereka di Jakarta, semakin banyak yang mereka mula fahami tentang asal usul keluarga mereka dan siapa bapa mereka yang sebenarnya. Sebelum mereka sedari, mereka terjerumus di tengah-tengah pergelutan kuasa di dalam dunia kongsi gelap Jakarta. Hanya mereka yang mampu mengakhirk­an perang ini, walau sebesar mana pengorbana­n yang diperlukan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? DANIELLA SYA HISHAM HAMID
DANIELLA SYA HISHAM HAMID
 ??  ?? M NASIR
M NASIR
 ??  ?? REMY ISHAK
REMY ISHAK
 ??  ?? ASHRAF SINCLAIR
ASHRAF SINCLAIR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia