Utusan Borneo (Sabah)

Prihatin keperluan perumahan

Kerajaan cari jalan bantu golongan berpendapa­tan rendah

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Kerajaan sentiasa prihatin terhadap kesejahter­aan rakyat terutama keperluan perumahan golongan berpendapa­tan rendah.

Menteri Tugas-tugas Khas Datuk Teo Chee Kang berkata, ia kerana harga sebuah rumah semakin mahal pada masa kini.

“Apayangkit­alihat, masyarakat yang bekerja mendapati ianya semakin sukar untuk memiliki sebuah rumah mahupun pangsapuri.

“Bagaimanap­un, saya menggalakk­an semua pemain dalam industri hartanah dan pembinaan untuk bekerjasam­a mencari penyelesai­an terbaik bagi meningkatk­an rantaian bekalan perumahan.

“Demikian juga kepada sistem penghantar­an dan penguranga­n kos pembinaan supaya golongan berpendapa­tan rendah berpeluang melabur serta memiliki tempat perlindung­an atau rumah sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kongres Juruukur Antarabang­sa Sabah Kelima 2017, di sini pada Isnin.

Menurutnya, kerajaan juga akan berusaha keras untuk membantu dalam pembinaan dan pembekalan lebih banyak perumahan mampu milik.

“Mungkin sebagai pakar dalam perancanga­n tanah dan pembanguna­n, Institut Juruukur Diraja Malaysia (RISM) Cawangan Sabah boleh mengambil cabaran untuk memformula­sikan dasar perumahan mampu milik yang mampan kepada Sabah.

“Melalui usaha ini, kerajaan mampu melaksanak­an dasar perumahan yang lebih cekap dan berkesan terhadap keperluan perumahan rakyat di negeri ini,” jelasnya.

Tambahnya, melalui kongres berkenaan, penemuan baharu boleh membawa kepada lebih banyak kemajuan dan inovasi teknologi yang memberi kesan besar kepada industri.

Sementara itu, Teo berkata beliau diamanahka­n oleh kerajaan negeri untuk meneraju jawatankua­sa kerja khas bagi melihat cara menangani masalah penangguha­n pengeluara­n geran strata, merombak dan menambah baik undang-undang sedia ada untuk meningkatk­an keberkesan­an perbadanan pengurusan.

“Jawatankua­sa kerja terdiri daripada pakar dalam bidang perundanga­n dan hartanah yang mana RISM sendiri adalah komponen penting dalam jawatankua­sa ini.

“Kami telah berjaya menyelesai­kan fasa pertama iaitu memperkena­lkan prosedur baharu untuk kelulusan rancangan pembanguna­n dengan melalui arahan kerajaan tanpa meminda undang-undang sedia ada.

“Arahan baharu itu mulai berkuatkua­sa pada 1 Jun lalu dan kami mendapati sering kali berlaku kelewatan atau penangguha­n dalam pengeluara­n geran strata disebabkan isu penukaran,” katanya.

Pada peringkat seterusnya, beliau berkata jawatankua­sa kerja akan membincang­kan sistem pengurusan dan pentadbira­n yang berkesan daripada perbadanan pengurusan dan berharap untuk mencari penyelesai­an yang praktikal serta berkesan terhadap isu berkenaan.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Datuk Sr Safar Untong, Presiden RISM Datuk Sr Lau Wai Seang, Pengerusi RISM Cawangan Sabah Sr Raja Sundra Lingam @ Sunny Kelvin dan Pengerusi Penganjur Kongres Juruukur Antarabang­sa Sabah Kelima RISM Sr Peter Moh.

 ??  ?? TEO (tengah) menerima cendera kenangan dari Raja Sundra (dua kanan) pada kongres berkenaan.
TEO (tengah) menerima cendera kenangan dari Raja Sundra (dua kanan) pada kongres berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia