Utusan Borneo (Sabah)

Dua lelaki didakwa lakukan khianat dan mencuri

-

KOTA KINABALU: Dua lelaki tempatan didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin, atas kesalahan melakukan khianat dan mencuri.

Norhairul Nordin, 24, dan Ed Hasbullah Aminuddin, 28, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie.

Mereka didakwa memecahkan cermin kereta milik seorang lelaki, pada 24 Julai jam 11.30 malam, di parkir dekat Bank Rakyat, Plaza Juta, Likas di sini.

Atas pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan penjara dua tahun atau denda, atau keduaduany­a sekali.

Norhairul dan Ed Hasbullah sekali lagi dituduh mencuri beg jenama Bonia milik mangsa yang sama, mengandung­i wang tunai RM6,500, kuncidanbe­berapa dokumen, pada hari dan di tempat yang sama.

Sekiranya disabitkan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan, penjara selama tempoh tujuh tahun atau denda, atau dengan keduaduany­a sekali.

Untuk itu, mahkamah menetapkan pada 19 dan 26 September untuk pengurusan kes terhadap kedua-dua tertuduh.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Insp Suzie@ Stephanie Kupit membantah Norhairul diberikan ikat jamin kerana mempunyai dua waran tangkap, atas kesalahan dadah dan mencuri.

Oleh itu, Stephanie memberikan Ed Hasbullah ikat jamin masing-masing sebanyak RM3,000 yang dicagarkan dua penjamin tempatan untuk setiap pertuduhan.

Bagaimanap­un tiada jaminan diberikan kepada Norhairul yang diwakili peguam Mohd Hanafi Anuar dan diperintah­kan direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah.

Sementara itu, Majistret Cindy Mc Juce Balitus menetapkan pada 18 September untuk pengurusan kes terhadap Norhairul yang didakwa menyimpan harta curi.

Tertuduh yang mengaku tidakbersa­lahatasper­tuduhan mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan, dituduh menyimpan telefon pintar curi milik seorang wanita berusia 27 tahun.

Kesalahan itu dilakukan pada 2 Ogos jam 7.30 malam di kawasan stesen Petronas Marahabai, Tuaran.

Tiada jaminan diberikan kepada tertuduh yang diperintah­kan terus direman sehingga kes selesai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia