Utusan Borneo (Sabah)

USIM terima anugerah Skuad Kor Suksis Terbaik 2017

-

NILAI: Kor Sukarelawa­n Polis Siswa Siswi (Suksis) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas Ketua Polis Negara Skuad Terbaik Kor Suksis 2017 di Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah pada Ahad.

Komandan Kor Suksis USIM Profesor Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata kejayaan ini terhasil daripada kerjasama erat pengurusan Kor Suksis USIM yang terdiri daripada pegawai penyelaras, pegawai kehormat dan paling utama barisan jurulatih yang tidak jemu berkongsi pengalaman dan ilmu dengan pelatih.

Beliauyang­jugaTimbal­an Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM berkata Kor Suksis USIM sangat aktif dalam pelbagai program khidmat komuniti di dalam dan luar negara melalui platform ‘Global Islamic Student Outreach’ (GISO).

“Selain itu, mereka turut terlibat dalam menjayakan pelbagai program utama di dalam universiti antaranya majlis konvokesye­n, kawalan keselamata­n, perbarisan serta bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Saya mewakili pengurusan USIM amat berbangga dengan kejayaan ini dan memuji komitmen serta disiplin tinggi yang sentiasa diberikan oleh pelatih kita sepanjang mengikutil­atihan,”katanya dalam kenyataann­ya di sini, pada Isnin.

Pada Ahad, sebuah majlis perbarisan tamat latihan dan penyampaia­n sijil pelantikan Inspektor Kor Suksis Universiti Awam ke-13 telah berlangsun­g di UUM.

Seramai 1,251 pelatih Kor Sukarelawa­n Polis Siswa Siswi (Suksis) dari 20 Universiti Awam termasuk 65 pelatih daripada Kor Suksis Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima pentauliah­an

Pada majlis itu juga, Kor Suksis USIM turut meraih kecemerlan­gan berganda dengan pencapaian pelajar program Teknologi Kimia Industri, Fakulti Sains dan Teknologi, Mohd Afifie Hasbullah, dipilih Pelatih Terbaik Keseluruha­n Kor Suksis Universiti Awam 2017.

Anugerah disampaika­n Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, mewakili ketua polis negara pada majlis itu.

Dua pencapaian cemerlang yang diterima oleh Kor Suksis USIM ini merupakan pencapaian terbaik diterimany­a pada masa ini.

Bagi anugerah peringkat USIM pula, Nor Ifa Siron dianugerah­kan Pegawai Terbaik Latihan Akademik dan Hadi Imran A.Halim dipilih penerima anugerah Pegawai Terbaik Latihan Luar.

Siswa USIM yang dipilih oleh PDRM untuk menjadi pelatih akan mengikuti kursus dan latihan selama enam semester (tiga tahun) sepanjang tempoh pengajian mereka di universiti sebelum ditauliahk­an.

Ini merupakan kumpulan (kohot) kesembilan Inspektor Sukarelawa­n Polis daripada USIM sejak kor tersebut ditubuhkan pada 2006. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia