Utusan Borneo (Sabah)

Program Kembara Merdeka Negaraku semarak sambutan Bulan Kebangsaan

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SEBANYAK 12 kenderaan jabatan dan agensi di bawah Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah menjayakan Program Kembara Merdeka Negaraku Peringkat Daerah Sandakan 2017, pada Isnin.

Antara yang terlibat termasuk Jabatan Penyiaran Sandakan; Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Sandakan; Jabatan Hal Ehwal Khas Sandakan; Telekom Malaysia; Pos Malaysia Berhad dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Sandakan.

Majlis pelepasan peserta konvoi telah disempurna­kan oleh Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Linda Tsen Thau Lin di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Sapi pada jam 8 pagi.

Para peserta konvoi kemudian melalui Jalan Lintas Batu Sapi dan singgah sebentar di Komuniti 1 Malaysia (K1M) Taman Mawar dan K1M Taman Mesra bagi penyerahan bendera kepada penduduk setempat.

Konvoi kemudian diteruskan melalui Jalan Buli Sim-Sim dan ketibaan mereka di perkaranga­n Harbour Mall Sandakan telah disambut oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura, Datuk Au Kam Wah.

Pada majlis berkenaan, Au turut mengedarka­n Jalur Gemilang kepada orang ramai serta pemilik premis berhampira­n.

Hadir sama, Pegawai Penerangan Bahagian Sandakan, Zulhanin Hasni dan Pengurus Penyiaran Sandakanfm, Anissah Md. Yunos.

Program Kembara Merdeka Negaraku itu merupakan anjuran Pejabat Penerangan Bahagian Sandakan sebagai salah satu usaha untuk menyemarak­kan sambutan Bulan Kebangsaan.

Sebelum ini, konvoi seumpama dikenali sebagai Konvoi Merdeka Jalur Gemilang. Namun sejajar dengan tema sambutan Hari Kebangsaan iaitu “Negaraku Sehati Sejiwa, program kini dikenali sebagai Kembara Merdeka Negaraku.

 ??  ?? AU bersama peserta kembara dan masyarakat setempat pada Program Kembara Merdeka Negaraku Peringkat Daerah Sandakan 2017.
AU bersama peserta kembara dan masyarakat setempat pada Program Kembara Merdeka Negaraku Peringkat Daerah Sandakan 2017.
 ??  ?? LINDA (empat, kiri) menyempurn­akan pelepasan peserta Program Kembara Merdeka Negaraku Peringkat Daerah Sandakan 2017.
LINDA (empat, kiri) menyempurn­akan pelepasan peserta Program Kembara Merdeka Negaraku Peringkat Daerah Sandakan 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia