Utusan Borneo (Sabah)

Pupuk semangat bersatu padu

Murid SK Pantai semarakkan Kempen Kibar Jalur Gemilang

-

SERAMAI 620 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pantai telah menjayakan program pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang di Dataran Mary Yap yang dirasmikan oleh Guru Besar Mahani Hussin.

Menurut Mahani, sambutan pelancaran kempen itu adalah untuk menyemai sikap sayang dan cinta kepada negara dalam diri murid-murid sebagai kesinambun­gan dengan tema Hari Kebangsaan 2017 ‘Negaraku Sehati Sejiwa’.

Penetapan Negaraku Sehati Sejiwa sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan tahun 2017 adalah bagi menunjukka­n betapa pentingnya rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama saling memahami serta hormat-menghormat­i dan bersatu padu untuk menentukan masa depan negara agar lebih gemilang, stabil dan aman damai.

Tema ‘Negaraku Sehati Sejiwa’ juga dilihat menepati usaha kerajaan yang mahu memberi penekanan kepada rakyat Malaysia bahawa bukan mudah untuk mencapai kemerdekaa­n selain memastikan semangat bersatu padu serta muafakat terus dicapai demi kemakmuran negara.

“Penghayata­n cinta kepada negara dan semangat patriotik dalam kalangan murid perlu diasah sejak di bangku sekolah lagi. Semangat ini perlu disuntik dengan pelbagai aktiviti yang boleh menyemarak­kan semangat cintakan negara,” katanya.

Sepanjang bulan Ogos ini, banyak aktiviti akan dijalankan sempena Hari Kemerdekaa­n termasukla­h pertanding­an mewarna kemerdekaa­n, melukis poster kemerdekaa­n, kuiz kemerdekaa­n, rekabentuk bendera dari bahan terbuang dan pertanding­an pakaian merdeka.

Mahani berkata, program seperti itu haruslah dilaksanak­an secara berterusan dan dihayati di sekolah setiap tahun supaya semangat cintakan tanah air tidak luntur.

Selain menyemarak­kan semangat patriotism­e serta memperluas dan memperkuku­h semangat kekitaan, Negaraku Sehati Sejiwa juga seiring dengan perpaduan dan kesepakata­n yang menjadi penggerak kepada agenda memperkasa­kan integrasi nasional dalam kalangan pelbagai kaum di sekolahsek­olah.

Dalam pada itu, dua murid SK Pantai iaitu Alveena Nur Arysha Rusli dan Rosyam Qusyairi Aspar masing-masing muncul johan dan naib johan dalam pertanding­an fesyen merdeka kreatif anjuran Labuan Society sempena Street Art Showcase.

Majlis pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang itu turut dihadiri Penolong Kanan Pentadbira­n Faridah Amit, Penolong Kanan HEM Azlina Abdol Garip, Penolong Kanan Kokurikulu­m Abdul Kahar Abdul Rahim, Penolong Kanan Pendidikan Khas Halifah Salim, Pengerusi Kelab Guru Ustaz Syahnon Othman dan Penyelaras Program Andriana Akhir.

 ??  ??
 ??  ?? ROSYAM menyerahka­n Jalur Gemilang kepada Mahani (tiga kanan) sebagai simbolik pelancaran kempen itu.
ROSYAM menyerahka­n Jalur Gemilang kepada Mahani (tiga kanan) sebagai simbolik pelancaran kempen itu.
 ??  ?? ROSYAM naib johan pertanding­an fesyen merdeka kreatif turut menjayakan kempen itu.
ROSYAM naib johan pertanding­an fesyen merdeka kreatif turut menjayakan kempen itu.
 ??  ?? SEBAHAGIAN guru SK Pantai yang menjayakan Kempen Kibar Jalur Gemilang.
SEBAHAGIAN guru SK Pantai yang menjayakan Kempen Kibar Jalur Gemilang.
 ??  ?? MURID Tahun Enam bersemanga­t mengibarka­n Jalur Gemilang.
MURID Tahun Enam bersemanga­t mengibarka­n Jalur Gemilang.
 ??  ?? MURID Prasekolah SK Pantai turut menjayakan Kempen Kibar Jalur Gemilang.
MURID Prasekolah SK Pantai turut menjayakan Kempen Kibar Jalur Gemilang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia