Utusan Borneo (Sabah)

UMK, Politeknik Jeli rahmat buat penduduk

-

JELI: Universiti Malaysia Kelantan (UMK) kampus Jeli dan Politeknik Jeli merupakan anugerah tidak ternilai buat penduduk jajahan Jeli.

Dengan anggaran lebih 3,000 pelajar daripada keduadua institusi tersebut, masingmasi­ng mula beroperasi pada 2012 dan 2013, telah membuka ruang kepada penduduk sekitar untuk menambah sumber pendapatan baharu.

Sebelum ini, kebanyakan penduduk di sini lebih tertumpu kepada sektor pertanian seperti tanaman getah, kebun buah-buahan, tanaman kontan dan hasil hutan.

Pujian harus diberikan kepada Anggota Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri yang telah meyakinkan kerajaan persekutua­n untuk menubuhkan institusi pengajian tinggi di sini.

Kini, kebanyakan mereka yang ditemui tersenyum lega dengan rezeki yang bertambah berbanding sepuluh tahun lalu yang agak suram kerana ketika itu mereka hanya bergantung kepada penduduk setempat selain pengguna Jalan Raya Timur Barat Jeli-Gerik, Perak.

Seorang peniaga kedai makan, Zaidah Hussien, 45, berkata kewujudan dua institusi pengajian tinggi (IPT) tersebut melonjakka­n perniagaan makanan yang diusahakan­nya.

“Kawasan ini satu ketika dahulu adalah hutan tetapi sekarang ini sudah bertukar menjadi deretan kedai makan yang sering menjadi tumpuan pelajar dan kakitangan IPT berkenaan untuk menjamu selera,” katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata kewujudan UMK dan politeknik tersebut memberikan pendapatan tetap kepada keluargany­a setiap bulan sejak memulakan perniagaan itu lapan tahun lepas.

“Dengan berniaga makanan, saya mampu memperoleh­i pendapatan antara RM2,000 dan RM3,000 sebulan, malah saya mampu mengupah beberapa penduduk bekerja di kedai ini sekali gus membantu menyediaka­n peluang pekerjaan kepada penduduk di sini,” katanya. - Bernama

 ??  ?? AZROY (kanan) bersama rakan-rakannya tekun mengisi borang temuduga.
AZROY (kanan) bersama rakan-rakannya tekun mengisi borang temuduga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia