Utusan Borneo (Sabah)

Geng Ambuyat Lahad Datu

Jalinan persahabat­an 11 wanita, berkongsi hobi dan suka duka bersama

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

M ENGENALI 10 orang rakannya merupakan suatu pengalaman hidup yang begitu berharga buatnya.

Baginya, merekalah tempat dia mengadu nasib suka duka, berkongsi hobi, bersantai gembira umpama hanya ada satu hari sahaja untuk melupakan rutin harian.

“Kalau kami bersama, kami boleh melupakan peredaran masa...yang kami tahu, kami melakukan apa sahaja yang kami samasama gemari,” kata Azlina Abdullah, salah seorang ahli Geng Ambuyat di Lahad Datu.

Menurut Azlina, keserasian mereka dalam menjalinka­n persahabat­an bermula dari minat mereka yang sama iaitu suka mencuba makanan dan mencuba resepi masakan.

Malah ibu kepada enam orang anak berkata, mereka sudah sepakat memilih sebuah nama untuk kumpulan mereka yang bercambah atas minat mereka itu.

“Nama Geng Ambuyat kami pilih sempena makanan tradisi yang kami semua gemari, keunikan ambuyat mungkin boleh menterjema­hkan siapa kami,” katanya.

Jelasnya, jika diamati ambuyat itu sifatnya melekit, kental, jernih dan semakin enak jika dimakan beramai-ramai.

Demikianla­h juga ahliahli kumpulan ini yang menurutnya yang sentiasa melengkapi kekurangan kawan melalui persefaham­an dan kepercayaa­n pada sahabat.

“Kami juga mempunyai jiwa yang kental kerana kesemua kami adalah ibu yang senantiasa bersemanga­t waja untuk berjuang demi kemajuan anak-anak dan keluarga,” katanya.

Pengerusi Geng Ambuyat Camilla Doughty, pula mengisahka­n kumpulan itu terbentuk tanpa sebarang peraturan mulanya namun setelah mula melaksanak­an aktiviti mereka telah sepakat meletakkan ketetapan atau peraturan.

“Kami 11 orang ini menetapkan tidak akan sewenang-wenangnya melaksanak­an aktiviti tanpa persetujua­n semua ahli agar ikatan persahabat­an kami terus kukuh.

“Selain itu, buat masa ini kami belum lagi mahu menerima ahli baharu kerana kami juga sepakat sudah serasi bersama dan mahu bergerak melaksanak­an lebih banyak aktiviti yang bermanfaat kepada komuniti sekeliling,” katanya.

Menurut Camilla yang mempunyai dua orang anak, keseronoka­n memiliki 10 orang sahabat yang serasi memberi kelebihan kepadanya melaksanak­an aktiviti terutama aktiviti kebajikan dan keagamaan.

Katanya dalam usia mereka yang sudah meningkat, beliau melihat aktiviti sedemikian perlu disampaika­n menggunaka­n platform yang baik terutamany­a untuk melaksanak­an niat mereka.

Beliau menegaskan, persepsi sebilangan masyarakat tentang amalan menderma adalah tidak betul kerana menganggap menderma hanyalah dilakukan dalam kalangan golongan berada sahaja.

Hakikatnya, dengan hanya berniat untuk membantu, sesiapa sahaja boleh melakukann­ya asalkan ianya dilakukan dengan cara yang betul.

Demikianla­h yang dilakukan Geng Ambuyat dalam melaksanak­an niat mereka untuk membantu golongan anak yatim meskipun tidak semua ahliahliny­a kaya.

“Kami meluangkan masa menemui anak-anak yatim agar kami dapat berkongsi kesulitan mereka, kami memberi teguran untuk menasihatk­an mereka sama seperti kami menegur anakanak kami.

“Akhirnya kami sedar pengalaman bersama golongan itu memberi idea untuk kami melaksanak­an kerja amal iaitu mahu mengumpul sejumlah wang bagi membeli keperluan mereka agar berasa selesa di rumah kediaman itu,” katanya.

Rosni Ibrahim, mengakui Geng Ambuyat sebuah kumpulan yang membuatnya tidak sunyi dan sentiasa mahu mengisi masa lapangnya bersama sahabat.

“Pengalaman yang tidak dapat saya lupakan bersama Geng Ambuyat adalah ketika kami melancong ke luar negara seperti ke Dubai, Tokyo, Perth dan lain-lain.

Menurutnya, peluang melancong berbeza dengan melancong bersama keluarga kerana trip pelanconga­n menjadi unik.

Katanya, ianya unik kerana akan ada sahaja kenangan lucu yang tidak dapat dilupakan, akan ada sahaja perangai rakanrakan yang mencuit hati malah akan ada juga kisah pengalaman berharga yang akan dipelajari.

“Ambil contoh saja pengalaman kami berada di Dubai, kami seronok menjelajah Gurun Safari dengan menaiki kereta pacuan empat roda, merasai sendiri pengalaman pengembara dahulu yang menaiki unta di padang pasir itu dan merasai kehangatan matahari terbenam yang begitu indah,” katanya.

Manakala Rozie Slamat, ibu kepada empat orang anak mengakui Geng Ambuyat banyak membantuny­a dalam memastikan pendidikan yang baik untuk anakanakny­a. Menurutnya, dia banyak mengambil contoh-contoh kejayaan perniagaan untuk membuka minda anakanakny­a berjaya dalam keusahawan­an.

“Saya amat berterima kasih pada persahabat­an dalam Geng Ambuyat kerana kami bukan sahaja saling bertukar pendapat dalam hal rumahtangg­a, saling membantu demi kebaikan serta sering berkongsi cara mendidik anak-anak.

“Mereka selalu menyokong usaha perniagaan anak-anak saya dan sekiranya ada teguran yang membina, saya terima kerana saya tahu sahabatsah­abat saya ini juga seperti saya melalui pelbagai pengalaman yang berharga untuk dijadikan panduan meniti kejayaan,” katanya.

Ahli penuh Geng Ambuyat terdiri Azlina Abdullah, Camilla Doughty, Rosni Ibrahim, Rozie Slamat , Irene Doughty, Judith Ann Tai, Jumah Turuh, Jaliha Iskandar, Jima Hamid, Noorjaya Suari dan Sopia Utok.

 ??  ??
 ??  ?? ROSNI
ROSNI
 ??  ?? ROZIE
ROZIE
 ??  ?? AZLINA
AZLINA
 ??  ?? CAMILLA menyerahka­n set penghawa dingin kepada pentadbir rumah anak yatim.
CAMILLA menyerahka­n set penghawa dingin kepada pentadbir rumah anak yatim.
 ??  ?? MENIKMATI ambuyat yang merupakan makanan kegemaran bersama.
MENIKMATI ambuyat yang merupakan makanan kegemaran bersama.
 ??  ?? GENG Ambuyat ketika melancong ke Dubai.
GENG Ambuyat ketika melancong ke Dubai.
 ??  ?? SANTAI menjalani sesi fotografi.
SANTAI menjalani sesi fotografi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia