Utusan Borneo (Sabah)

Sukaneka Pasti Putatan dan Kinarut dapat sambutan

-

KOTA KINABALU: Sebanyak tujuh Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) dari kawasan Putatan dan Kinarut telah beradu tenaga dalam Sukaneka Pasti tahunan bertempat di Stadium Kota Kinabalu, Likas.

Program yang disertai seramai 386 pelajar itu turut dihadiri oleh keluarga masing-masing bagi memberi sokongan kepada acara-acara yang dipertandi­ngkan.

Acara bermula sekitar jam 8 pagi, dimulai dengan acara perbarisan lintas hormat serta beraneka ragam persembaha­n oleh kontinjen-kontinjen bertanding dan diteruskan dengan lima acara yang dipertandi­ngkan.

Turut hadir di acara itu ialah Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Sabah Ustaz Zulzaim Hilmee Abidin, selaku perasmi program dan memberi ucapan kepada seluruh hadirin.

Beliau mengucapka­n tahniah di atas penganjura­n sukaneka itu serta memuji ibu bapa yang menghantar anak-anak untuk dididik di Pasti yang bukan sahaja diajar berkaitan asas membaca, menulis dan mengira bahkan didikan berteras pendidikan Islam.

“Qowiyyul Jismi merupakan salah satu keperibadi­an muslim yang perlu ada dalam diri pelajar. Kekuatan jasmani bererti seorang pelajar memiliki kekuatan tubuh sehingga dapat melaksanak­an ajaran Islam dengan kesihatan yang baik dan tubuh fizikal yang kuat,” katanya.

Salah seorang ibu pelajar berkata, “Program ini menarik serta sesuai dianjurkan kerana melatih anak-anak untuk bersukan dan yang terutama adalah dapat berkenalan dengan anakanak dari Pasti lain”.

Johan keseluruha­n yang meraih empat pingat emas dan dua perak ialah Pasti Al-Furqan Sabindo.

Tujuh kontinjen terlibat adalah Pasti Al-Hikmah Sembulan, Pasti AsySyakiri­n Kepayan, Pasti Ar-Raihan Petagas, Pasti Al-Fathonah Pasir Putih, Pasti Al-Hijrah Platinum, Pasti Al-Furqan Sabindo dan Pasti Al-Aqsa Limauan.

 ??  ?? ACARA perbarisan lintas hormat.
ACARA perbarisan lintas hormat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia