Utusan Borneo (Sabah)

Rayuan akhir dua lelaki Myanmar

-

BANGKOK: Dua lelaki Myanmar yang disabitkan membunuh dua pelancong British di sebuah pulau percutian Thai pada 2014 mengemukak­an rayuan terakhir mereka semalam terhadap hukuman mati.

Pembunuhan Hannah Witheridge, 23, dan David Miller, 24, amat mengejutka­n kerana keadaan kematian mereka dan fakta bahawa pembunuhan itu berlaku di sebuah pulau yang terkenal kalangan pelancong.

Beberapa kumpulan hak pendatang menuduh polis Thai mengganggu siasatan dan gagal menutup kawasan jenayah dengan sepatutnya.

Pihak polis mempertaha­n siasatan dan keluarga keduadua mangsa membantah siasatan polis.

Witheridge dirogol dan dibunuh manakala Miller dibelasah hingga mati.

Mayat mereka telah ditemui di kawasan pantai di pulau selatan Koh Tao di Teluk Thailand.

Pekerja pendatang Myanmar Zaw Lin dan Win Zaw Htun gagal dalam rayuan Mac lepas agar hukuman mereka ditolak selepas disabitkan mahkamah di pulau Koh Samui pada Disember 2015.

“Tarikh akhir adalah hari ini maka kami perlu untuk mengemukak­annya.

“Inilah peluang terakhir untuk merayu,” kata Nakhon Chomphucha­t, ketua pasukan pembelaan kedua-dua tertuduh.

Pensabitan pada 2015 telah dibayangi dalam kontrovers­i dengan para penyokong kedua-duanya itu mempertika­i mereka telah diperangka­p dan mereka mulanya mengaku atas jenayah itu kerana didesak.

Semasa perbicaraa­n, penyiasat polis yang menguruska­n kes dituduh pihak pembelaan sebagai gagal untuk mengumpul dan menguji sampel DNA dengan sepatutnya dari kawasan jenayah tersebut. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia