Utusan Borneo (Sabah)

Kanan ekstrem Kanada mulai lantang

Kekacauan di Quebec City ketika demonstras­i balas aktivis propendata­ng

-

QUEBEC CITY: Pertempura­n meletus kelmarin antara polis dan puluhan antivis antirasis yang muncul semasa rali propendata­ng di Quebec City, menurut wartawan AFP, tatkala demonstras­i anjuran aktivis kanan ekstrem gagal mendapat sambutan.

Ratusan berkumpul di tengah Quebec City awal petang kelmarin untuk memprotes balas rali kanan ekstrem yang dirancang, yang mana hampir sepanjang hari menyaksika­n mereka terkandas di tempat parkir kereta bawah tanah.

Untuk memastikan keduadua rali tidak bertembung, polis membuat sekatan keselamata­n tetapi mengu-mumkan demonstras­i antirasis sebagai tidak sah selepas beberapa pertelingk­ahan meletus dan beberapa individu dengan wajah bertutup melontar barang ke arah anggota polis.

“Berikutan tindakan keganasan dan vandalisme, demonstras­i ini tidak sah,” menurut polis Quebec dalam Twitter sambil menambah, seorang penunjuk perasaan telah ditangkap.

Demonstras­i antirasis itu membidas rali yang dirancang kumpulan antipendat­ang kanan ekstrem La Meute yang menyeru penduduk Quebec menuntut ‘kedaulatan’ kerajaan ke atas sempadan negara.

Selain 40,000 pelarian yang diterima Kanada sejak penghujung 2015, ramai pendatang melarikan diri ke utara merentasi sempadan Amerika Syarikat (AS)-Kanada sejak pemerintah­an Presiden Donald Trump yang mempunyai pendirian tegas terhadap pendatang.

Pada separuh penggal 2017, kira-kira 6,500 pemohon suaka memasuki Kanada.

Sekitar 7,000 lagi memasuki Kanada melalui Quebec sejak awal Julai, dengan 6,000 daripadany­a rakyat Haiti yang berdepan pengusiran dari AS pada penghujung tahun apabila suaka sementara buat 60,000 warga Haiti yang terjejas gempa bumi 2010 akan tamat.

Jumlah mereka melambung daripada 400 pada Mei kepada 3,800 pada minggu pertama Ogos.

Di bawah perjanjian Kanada-AS, pemohon suaka melalui AS tidak dibenarkan masuk di pos pemeriksaa­n sempadan Kanada, sebaliknya diminta memfailkan permohonan pelarian di AS.

Namun peraturan itu tidak meliputi orang yang sampai di Kanada tanpa disedari, melalui hutan.

Sempadan Kanada-AS adalah yang terpanjang di dunia, tiada pagar di sepanjang hutan tebal dan permukaan bumi bergunung-ganang, malah kawalan keselamata­n juga rendah.

Mereka yang melepasti pos pemeriksaa­n sempadan ditahan Polis Berkuda Diraja Kanada (RCMP) tetapi dibenar memfailkan tuntutan pelarian di Kanada.

Tentera telah dihantar untuk membantu mewujudkan sebuah kem dekat sempadan pada awal Ogos lalu, kemudian dengan pantas kem kedua dan ketiga menyusul, diikuti pertambaha­n kakitangan sempadan, polis dan imigresen.

Sementara itu, kerajaan persekutua­n giat menepis maklumat salah yang tersebar tentang cara melanggar undang-undang imigresen Kanada.

Baru-baru ini Menteri Pengangkut­an Marc Garneau memberi amaran sesiapa yang berjaya memasuki Kanada tidak semestinya menerima tiket automatik sebagai pelarian.

Hakikatnya, cuma separuh daripada warga Haiti yang memohon tahun lepas diterima sebagai pelarian.

Perdana Menteri Justin Trudeau kerap berbangga dengan sistem pelarian dan imigrsen Kanada, malah menegaskan awal tahun ini: “Kepada mereka yang melarikan diri daripada penindasan, terorisme dan perang, rakyat Kanada akan mengalu-alukan anda.”

Tetapi tatkala kerajaan bergelut menerima peningkata­n pendatang, ahli pembangkan­g dan kumpulan antipendat­ang mencetuska­n kecaman dengan seruan menutup sempadan kepada pemohon suaka.

Di bandar sempadan SaintBerna­rd-de-Lacolle, kira-kira 60 kilometer selatan Montreal, pendudukny­a berbelah bahagi. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? PATRICK BEAUDRY, pengasas dan ketua La Meute, terkandas di tempat parkir bawah tanah bersama para penyokongn­ya berikutan kehadiran lebih ramai penunjuk perasaan propendata­ng di luar, ketika suasana tegang menyelubun­gi tengah Quebec City, Quebec kelmarin.
— Gambar Reuters PATRICK BEAUDRY, pengasas dan ketua La Meute, terkandas di tempat parkir bawah tanah bersama para penyokongn­ya berikutan kehadiran lebih ramai penunjuk perasaan propendata­ng di luar, ketika suasana tegang menyelubun­gi tengah Quebec City, Quebec kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia