Utusan Borneo (Sabah)

Anak sahkan kematian pembelot AS di Pyongyang

-

SEOUL: Satu-satunya anggota tentera yang diketahui masih menetap di Korea Utara selepas berpaling tadah lebih lima dekad lepas mati tahun lepas dan tegar menjanjika­n kesetiaann­ya kepada pemimpin agung Kim Jong-un, menurut anak lelakinya.

James Joseph Dresnok antara beberapa anggota tentera Amerika Syarikat (AS) di kawasan itu setelah Perang Korea, menyeberan­gi Zon Larangan Ketenteraa­n yang dikawal ketat pada 1962.

Dia muncul dalam filem propaganda Korea Utara dan dipercayai pengkhiana­t AS terakhir di negara itu, yang lainnya sama ada dibunuh atau dibenarkan keluar dari negara itu.

Dalam temu bual video dalam laman sesawang rasmi Uriminzokk­iri, anak lelakinya Ted dan James Dresnok mengesahka­n ayah mereka mengalami serangan angin ahmar yang teruk pada November tahun lepas.

“Ayah kami berada dalam tangan pihak republik dan hanya menerima kasih sayang dan perhatian dari parti sehingga beliau meninggal dunia pada usia 74 tahun,” menurut Ted, anak sulung dua beradik tersebut.

Berambut coklat dan bermata coklat muda, beliau memakai seragam Tentera Rakyat Korea dalam video tersebut seperti adik lelakinya, bangga memaparkan lencana yang menunjukka­n pengasas Utara Kim Il-Sung dan anak lelakinya dan penggantin­ya Kim Jong-Il.

Kedua-dua lelaki itu dilahirkan di Korea Utara, dan berbahasa Korea dengan pelat Korea yang tebal.

Identiti ibu mereka tidak diketahui.

“Ayah meminta kami untuk menyerahka­n sepenuhnya khidmat kepada pemimpin agung kami Kim Jong-un,” menurut Ted, yang juga dikenali dengan nama Koreanya Hong Soon-chol.

Ia merupakan kemunculan kedua adik-beradik itu dalam program, selepas mereka memuji Korea Utara dalam temu bual pada Mei 2016.

Menyebut peningkata­n terbaharu ketegangan di antara Pyongyang dan Washington, Ted memberikan amaran bahawa pihak imperialis AS telah membangkit­kan kegilaan histeria peperangan dengan sedikit pengetahua­n mengenai pihak tentera dan rakyat Utara.

Sekiranya peperangan berlaku, beliau menyatakan, “Kami tidak akan melepaskan peluang dan menghapusk­an kawasan AS dari muka bumi sepenuhnya.”

“Kami mempunyai komander agung kami Kim Jong-un.

“Sekiranya beliau berada di sisi kami, kemenangan kami adalah pasti,” menurut James, yang turut dikenali dengan nama Korea Hong Chol, dalam video yang dimuat naik pada Jumaat lepas.

Bapa mereka James Dresnok, dikenali sebagai Joe, telah melintasi kawasan periuk api pada usia 21 tahun untuk pergi ke Korea Utara, selepas isterinya menceraika­nnya dan dia dilaporkan sebagai dihukum oleh pihak tentera.

Dia menjadi subjek satu dokumentar­i British pada 2006, ‘Crossing the Line’, dan menyuaraka­n kepuasan dengan kehidupann­ya di Pyongyang, di mana rakyatnya menikmati tahap kehidupan yang lebih baik berbanding di tempat lain di negara terpencil tersebut.

Dia juga memberitah­u semasa temu bual CBSD bahawa dia tidak akan meninggalk­an Korea Utara walaupun wang atau emas sebilion dolar ditawarkan kepadanya. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? RAKAMAN skrin video YouTube tidak bertarikh terbitan Uriminzokk­iri semalam menunjukka­n Ted (kanan) dan adiknya James semasa ditemu bual di satu lokasi tidak didedahkan.
— Gambar AFP RAKAMAN skrin video YouTube tidak bertarikh terbitan Uriminzokk­iri semalam menunjukka­n Ted (kanan) dan adiknya James semasa ditemu bual di satu lokasi tidak didedahkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia