Utusan Borneo (Sabah)

Bursa Malaysia diniaga mendatar

Sentimen pasaran bercampur-campur daripada faktor tempatan dan luaran

-

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dijangka diniagakan mendatar minggu ini, dengan indeks petunjuk pasaran bergerak antara 1,760 dan 1,780 mata susulan sentimen pasaran yang bercampur-campur daripada faktor tempatan dan luaran.

Naib Presiden dan Ketua Penyelidik­an Runcit Affin Hwang Investment Bank Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata pasaran akan terus berhati-hati berikutan ketegangan antara Presiden AS Donald Trump dan kongres Republikan mengenai isu-isu dasar, mewujudkan keraguan berhubung keupayaann­ya untuk memacu agenda ekonominya.

Serangan pengganas di Barcelona di lokasi pelanconga­n Las Ramblas di Sepanyol turut menambah ketidakten­tuan sekitar pasaran ekuiti, katanya.

Bagaimanap­un, Nazri berkata faktor domestik masih baik dengan ringgit pada paras 4.30 berbanding dolar AS, naik sebanyak 4.5 peratus berbanding Januari tahun ini, selain harga komoditi yang kukuh dengan minyak mentah melebihi AS$50 setong dan minyak sawit mentah melebihi RM2,500 satu tan.

“Pertumbuha­n Keluaran DalamNegar­aKasar(KDNK) Malaysia sebanyak 5.8 peratus pada suku kedua tahun ini menunjukka­n momentum pertumbuha­n ekonomi (positif). Ini mengatasi jangkaan, berdasarka­n unjuran konsensus 5.4 peratus dalam kalangan pakar ekonomi.

“Saya melihat faktor tempatan akan menyokong pasaran minggu depan, manakala faktor luaran mempunyai potensi menyebabka­nnya susut, mendorong pasaran bergerak mendatar,” katanya kepada Bernama.

Nazri berkata FBM KLCI naik 8.3 peratus setakat ini tahun ini, peningkata­n tahunan yang terbaik dalam tempoh empat tahun.

“Di sebalik cabaran dan kemelut politik, ekonomi Malaysia masih mencatat prestasi yang amat baik,” katanya.

Bagi minggu baharu berakhir, petunjuk pasaran FBM KLCI naik 9.26 mata kepada 1,776.22 daripada 1,766.96 minggu sebelumnya.

Pergerakan dagangan dipengaruh­i oleh perkembang­an luaran, terutamany­a pergerakan di Wall Street yang mengambil petunjuk daripada minit Rizab Persekutua­n, pergolakan politik dalam pentadbira­n Trump, serta serangan pengganas di Sepanyol.

Bagi asas mingguan, Indeks FBM Emas naik 123.78 mata kepada 12,626.22, Indeks FBMT 100 meningkat 108.34 mata kepada 12,284.26, Indeks FBM Emas Syariah menambah 158.41 mata kepada 12,770.88, FBM 70 melonjak 299.36 mata kepada 14,992.91, dan FBM Ace menokok 203.22 mata kepada 6,512.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan naik 59.62 mata kepada 16,777.48, Indeks Perladanga­n menambah 37.15 mata kepada 7,825, manakala Indeks Perusahaan susut 3.82 mata kepada 3,230.28.

Jumlah dagangan merosot kepada 8.30 bilion unit bernilai RM8.75 bilion daripada 8.45 bilion unit bernilai RM9.08 bilion minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran Utama berkuranga­n kepada 4.83 bilion saham bernilai RM7.91 bilion daripada 5.57 bilion saham bernilai RM8.35 bilion pada Jumaat lepas.

Jumlah dagangan waran melonjak kepada 1.30 bilion unit bernilai RM180.59 juta daripada 826.86 juta unit bernilai RM125.62 juta sebelum ini.

Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 2.10 bilion saham bernilai RM644.49 juta daripada 1.99 bilion saham bernilai RM568.7 juta. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia