Utusan Borneo (Sabah)

Stacy kembali dengan ‘Cakap Ke Tangan’ ciptaan suami

Lirik mesej mendalam terhadap masayaraka­t

-

S ETELAH hampir setahun berehat daripada sebarang aktiviti nyanyian, juara Akademi Fantasia musim ke-6, Stacy Anam, 27, atau nama pentasnya Stacy kini bersedia untuk kembali memeriahka­n industri hiburan tanah air dengan single terbaharu berjudul ‘Cakap Ke Tangan’.

Lebih istimewa lagi, single ini hasil ciptaan sepenuhnya oleh suami Stacy sendiri, Akim Ahmad atau lebih dikenali dengan nama pena sebagai Hang Nedim bersama Laq.

Penyanyi yang dikenali dengan kekuatan vokal serta turut dikagumi dengan bakat menari yang cukup baik ini terus perjuangka­n konsep muzik ‘catchy’ yang sememangny­a sesuai dengan imejnya yang lincah dan bertenaga apabila di atas pentas.

Setiap kali membuat persembaha­n, peminat pasti disaji dengan kreativiti dan pembaharua­n segar yang sering dibawakan oleh beliau menerusi reka tari bertenaga lagi menghiburk­an.

Sebelum ini, bait-bait lirik menerusi lagu-lagu hits Stacy lebih banyak menjurus tentang hal percintaan dan kekesalan dalam hubungan.

Menyuntik pendekatan yang sedikit berbeza kali ini, lirik untuk single ‘Cakap Ke Tangan’ digubah dengan susunan singkat dan ringkas tetapi mempunyai mesej mendalam untuk segelintir masyarakat yang sering menilai kekurangan orang lain sebelum melihat kelemahan yang ada pada diri mereka sendiri. Mengulas mengenai kemunculan semula beliau menerusi single ini, Stacy berkata, single ‘Cakap Ke Tangan’ ini merupakan hadiah istimewa daripada suami tercinta. “Saya gembira dengan nukilan lirik dan alunan muzik yang dihasilkan kerana menepati citarasa saya. Walaupun sudah lama tidak beraksi di atas pentas, saya masih Stacy yang sama seperti dahulu kerana nyanyian dan tarian adalah jiwa dan memberi kepuasan kepada saya,” katanya. Tambah Stacy, “Selagi masih ada yang percaya kepada bakat dan mahukan saya untuk terus mewarnai industri dengan kebolehan yang ada, selagi itulah saya akan terus di sini menghiburk­an semua.”

Stacy juga berharap melalui single ‘Cakap Ke Tangan’ ini, mesej yang ingin disampaika­n dapat memberi manfaat seterusnya meninggalk­an kesan yang positif kepada orang ramai.

“Di samping itu, saya juga ingin memberi motivasi kepada peminat saya sendiri bahawa mereka perlu yakin dalam hidup dan tidak perlu takut dengan pandangan serong yang sering dilemparka­n oleh segelintir masyarakat,” katanya.

“Sepanjang karier bergelar anak seni, saya sudah lali dengan sepak terajang dunia hiburan serta pernah diuji dengan pelbagai pahit getir dan turut pernah mengalami tamparan hebat kecaman khalayak ramai terutamany­a di laman media sosial.

“Sebagai artis, segala gerak geri saya menjadi perhatian sehingga kadang kala menjadi bahan cerita yang kurang enak. Saya enggan ambil pusing dengan sebarang unsur negatif dan ambil semua itu sebagai penguat semangat untuk bekerja lebih keras untuk cemerlang dalam membina jenama sendiri.

“Menerusi single ini, saya ingin mengajak peminat untuk sentiasa berfikiran positif dan abaikan aura negatif yang akan mencelaruk­an kehidupan kita seharian. Harapan saya agar single ini mendapat penerimaan yang baik buat semua.”

Lagu ‘Cakap Ke Tangan’ ini kini boleh didengar menerusi corong-corong stesen radio tempatan sejak 18 Ogos 2017 lepas.

Selain itu, muzik video lagu ini juga boleh ditonton secara eksklusif menerusi saluran Youtube ‘Rocketfuel Network’.

‘Cakap Ke Tangan’ boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomuni­kasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music.

Layari saluran Youtube Rocketfuel Network untuk maklumat lanjut.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia