Utusan Borneo (Sabah)

115 pemain bersaing di LGC

- Oleh DESMOND QWEK

KOTAKINABA­LU:Seramai 115 pemain akan bersaing di Kejohanan Golf Amatur Terbuka Labuan 2017di Labuan Golf Club (LGC) bermula 25-27 Ogos.

Presiden LGC Arthur Kong ketika dihubungi Isnin berkata, kejohanan tahunan kali ini adalah untuk edisi Ke26 kategori lelaki dan edisi Ke-19 kategori wanita.

“Dari jumlah penyertaan itu, 96 pemain akan merebut kejuaraan kategori lelaki, manakala selebihnya 19 pemain bersaing dalam kategori wanita.

“Persaingan dijangka sengit lagi mendebarka­n dengan kehadiran Safarudin Abidin dari Sandakan Golf Club yang akan mempertaha­nkan kejuaraan,” jelas beliau.

“Safarudin akan disaingi hebat oleh juara tidak asing lagi Lee Ka Tung dari Sibu Golf Club, selain pemain muda Leduin Jordan Mobijohn yang mewakili Kelab Golf Kudat.

“Turut dijangka akan memberikan cabaran sengit ialah dua pemain tuan rumah Kevin G Pius dan Mohd Zariq Encho yang akan mewakili LGC,” tambah Arthur.

Dalam persaingan kategori wanita pula, ketidak hadiran juara bertahan Jacqueline Nickles tidak memudarkan kesengitan percaturan.

Kehadiran pemain-pemain sensasi seperti Song Eun A mewakili Tawau Golf Club, Mirabel Ting (Miri Golf Club), Chung Nyuk Mee (Keningau Golf Club) dan Nurul Syahirah Nasir (Sandakan Golf Club) bakal menjanjika­n aksi ` buku bertemu ruas’.

“Merancakka­n lagi perlawanan, kejohanan tiga hari ini menawarkan empat hadiah Pukulan Selubang (HiO) yang amat lumayan termasuk dua buah kereta.

“Terima kasih kepada para penaja dan para pemain yang mengambil bahagian. Kita berharap kejohanan ini dapat dilangsung­kan dengan penuh sukses,” kata Arthur.

Empat hadiah HiO yang dimaksudka­n itu ialah sebuah kereta Honda BRV MPV 7Seater tajaan Syarikat Labuan Automobile Sdn Bhd, sebuah kereta Bezza 1.3 X Auto tajaan Kurnia AmGeneral Insurance Berhad, wang tunai RM10,000 tajaan Dato’ Hung How Kiong dan satu set tayar pacuan empat roda (4WD) tajaan JH Bersatu.

Dalam pada itu, Kapten LGC Joak Jolonius berkata, persiapan lapangan berjalan dengan lancar di mana, LGC telah bersedia menerima kehadiran para pemain termasuk untuk permainan penyesuaia­n lapangan.

“Kerja-kerja pembersiha­n dan membaiki keadaan permukaan lapangan termasuk `bunker’ telah dilakukan mengikut perancanga­n.

“Kita berharap keadaan cuaca akan baik untuk memastikan kejohanan ini dapat dilangsung­kan tanpa sebarang kelambatan,” jelas beliau.

 ??  ?? ARTHUR Kong (kiri) dan Joak Jolonius menunjukka­n pialapiala rebutan Kejohanan Golf Amatur Terbuka Labuan 2017 di rumah kelab LGC pada Isnin.
ARTHUR Kong (kiri) dan Joak Jolonius menunjukka­n pialapiala rebutan Kejohanan Golf Amatur Terbuka Labuan 2017 di rumah kelab LGC pada Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia