Utusan Borneo (Sabah)

Irene raih gangsa acara triatlon

-

PUTRAJAYA: Triatlet Malaysia Irene Chong See Win merangkul pingat gangsa dalam acara triatlon wanita dengan catatan masa 2:25:44s pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 pada Isnin.

Irene, dilihat menitiskan air mata gembira sebaik tiba di garisan penamat, dan mengucapka­n terima kasih kepada rakan sepasukann­ya Zoe Natasha Bowden yang sentiasa meniupkan semangat kepadanya sepanjang perlumbaan itu.

“Saya tidak dapat melakukann­ya tanpa katakata perangsang daripadany­a sepanjang perlumbaan. Kami telah berusaha melakukan yang terbaik dan tidak timbul rasa kesal. Siapa yang menang tidak penting,” katanya.

Menyasarka­n pingat pada Sukan Komanwel 2018 dan Sukan Asia tahun depan, Irene berjanji untuk mencipta kejayaan lebih baik di masa depan.

Dua triatlet Filipina mengunggul­i acara itu dengan merangkul pingat emas dan perak masingmasi­ng menerusi Marion Kim Mangrobang dengan catatan masa 2:11:14s dan Maria Claire Adorna 2:18:58s.

Bagaimanap­un tuah tidak memihak kepada triatlet lelaki negara apabila pemenang pingat perak Sukan SEA 2015 Rikigoro Shinozuka sekadar menduduki tempat keenam.

“Saya telah melakukan yang terbaik. Ia jauh lebih sukar daripada Sukan SEA sebelum ini dan tuah tidak menyebelah­i saya hari ini,” katanya.

Triatlet Filipina Huelgas Nikko Bryan yang merekodkan masa 1:59:30s mempertaha­nkan pingat emas yang dimenangin­ya pada Sukan SEA Singapura 2015 dan perak turut menjadi milik rakan sepasukann­ya John Chinano dengan catatan masa 2:01:27s manakala gangsa menjadi milik Clement Chow Sheng Ren daripada Singapura dengan masa 2:03:24s. - Bernama

 ?? - Gambar BERNAMA ?? IRENE menamatkan cabaran dengan menang gangsa pada acara Triatlon Sukan SEA ke 29 di Kompleks Sukan Air Presint 6 pada Isnin.
- Gambar BERNAMA IRENE menamatkan cabaran dengan menang gangsa pada acara Triatlon Sukan SEA ke 29 di Kompleks Sukan Air Presint 6 pada Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia