Utusan Borneo (Sabah)

Program Rimup dan Sambutan Merdeka SMK Pantai rapatkan guru dan pelajar

-

LABUAN: Gabungan Program Rancangan Integrasi Untuk Murid (Rimup) dengan pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaa­n peringkat SMK Pantai berlangsun­g meriah dengan pelbagai aktiviti pembelajar­an dan perpaduan di pelbagai lokasi, di SMK Pantai IB World School.

Rimup menyerlahk­an semangat setiakawan, rasa kepunyaan dan perpaduan antara pelbagai latar belakang kaum, budaya dan agama di sekolah.

Pengetua SMK Pantai IB World School Sahar Misron berkata, semangat yang diterapkan terutama dalam kalangan pelajar dan guru juga bertujuan menjalin hubungan sosial yang positif dan mewujudkan suasana mesra serta rasa kesatuan yang mantap bagi menjamin mutu disipiin yang tinggi dan menghormat­i orang lain.

Sementara itu, sambutan Bulan Kemerdekaa­n disambut meriah di Dewan Gemilang sekolah berkenaan.

Sorakan gegak gempita apabila dua guru yang memakai topi keledar penuh menutup muka menaiki motosikal masuk ke dewan sambil mengibarka­n Jalur Gemilang.

Sebagai simbolik untuk aktiviti keceriaan kelas sempena Bulan Kemerdekaa­n, Sahar menyerahka­n bendera kepada wakil tingkatan.

Beliau melahirkan rasa gembira dan yakin program gabungan itu boleh melonjakka­n semangat bersatu-padu dan bakal melonjakka­n kecemerlan­gan sekolah serta kemenjadia­n pelajar SMK Pantai IB World School.

“Program seumpama ini akan menjalin hubungan lebih akrab sesama murid atau sesama guru dan staf sokongan, juga antara murid dengan guru dan sebaliknya,” katanya.

Sah a r juga berharap menerusi program itu, warga SMK Pantai khususnya pelajar akan lebih bersemanga­t menghadapi tugas utama mereka iaitu belajar dengan cemerlang dan menjadi insan yang seimbang serta berguna kepada agama, bangsa dan negara.

 ??  ?? SAHAR bersama guru dan pelajar yang menghadiri program itu.
SAHAR bersama guru dan pelajar yang menghadiri program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia