Utusan Borneo (Sabah)

Warga pendidik tulang belakang pembanguna­n negara

-

BUKAN mudah menggalas tugas sebagai seorang guru hari ini kerana kerjaya seorang guru memerlukan komitmen yang tinggi, nyala rasa yang tidak pernah padam, pengorbana­n yang tiada henti serta ketahanan dan ketabahan yang berterusan dalam mengharung­i hari-hari yang penuh mencabar untuk mendidik insan yang bergelar murid.

Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia Datuk Hajah Rosnah Haji Abdul Rashid Shirlin berkata, warga guru wajar diraikan sebagai simbolik ucapan terima kasih atas segala sumbangan tulus murni dan khidmat bakti yang dicurahkan oleh para pendidik kepada anak bangsa khususnya di daerah Papar.

Katanya, tema ‘Guru Pembina Negara Bangsa’

amat bertepatan dengan peranan guru iaitu sebagai arkitek kepada generasi masa hadapan.

“Untuk itu, kreativiti dan inovasi guru dalam mendidik anak murid amat ditagih dalam usaha memenuhi Agenda Transforma­si Nasional 2050 (TB50) iaitu melahirkan generasi muda yang cemerlang dalam tempoh 30 tahun,” katanya semasa merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Papar 2017 di Dewan Masyarakat Papar.

Menurut Rosnah, kehebatan sesebuah sekolah bukan lagi hanya perlu diukur melalui keputusan akademik dan kokurikulu­m semata-mata, bahkan juga melahirkan modal insan dengan sahsiah dan personalit­i yang cemerlang.

Rosnah yang juga Ahli Parlimen Papar berkata, dunia pendidikan hari ini tidaklah sama jika dibandingk­an dengan zaman dahulu.

Katanya, guru-guru pada hari ini berdepan dengan pelbagai cabaran kerana pemikiran dan kebolehan murid yang jauh berbeza dengan murid pada masa dahulu.

Katanya, menelusuri kembali Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang menjadi tunjang kepada sistem pendidikan Malaysia adalah untuk melahirkan modal insan berkualiti.

“Namun begitu, matlamat ini hanya akan dapat dicapai melalui aktivitiak­tiviti pendidikan yakni pengajaran dan pembelajar­an yang mampu menjadikan murid memiliki pemikiran bercirikan kemahiran berfikir aras tinggi, berinovati­f dan kreatif,” jelasnya.

Dalam majlis itu turut diumumkan dua orang Tokoh Guru Peringkat Daerah Papar pada tahun ini iaitu Salleh Idris dan Mudin Madin.

 ??  ?? ROSNAH menyampaik­an replika cek kepada salah seorang guru penerima anugerah di majlis itu.
ROSNAH menyampaik­an replika cek kepada salah seorang guru penerima anugerah di majlis itu.
 ??  ?? SALLEH dan Mudin (kanan) dinobat Tokoh Guru Peringkat Daerah Papar 2017.
SALLEH dan Mudin (kanan) dinobat Tokoh Guru Peringkat Daerah Papar 2017.
 ??  ?? ROSNAH melakukan simbolik perasmian Hari Guru Daerah Papar 2017.
ROSNAH melakukan simbolik perasmian Hari Guru Daerah Papar 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia