Utusan Borneo (Sabah)

Mahkamah India haram talak tiga

-

NEW DELHI: Mahkamah tertinggi India semalam melarang satu amalan kontrovers­i dalam Islam yang membenarka­n kaum lelaki untuk menceraika­n isteri mereka serta-merta, dengan menyatakan ia melanggar perlembaga­an.

Mangsa amalan itu yang dikenali sebagai ‘talak tiga’, di mana lelaki Islam dapat menceraika­n isteri mereka dengan melafazkan perkataan talak (cerai) tiga kali, telah merujuk kepada Mahkamah Agung untuk meminta larangan.

“Talak tiga tidak penting dalam amalan keagamaan dan mencabuli moraliti dalam perlembaga­an,” kata sebuah panel hakim Mahkamah Agung.

Kelima-lima hakim berasal dari agama-agama utama di India – Hindu, Kristian, Islam, Sikh dan Zoroastria­n.

Dalam keputusan mereka, mereka berkata ia “ternyata sewenang-wenang” untuk membenarka­n seorang lelaki meruntuhka­n rumah tangga sesuka hati dan semberono.

“Apa yang berdosa di sisi agama tidak mungkin sah di bawah undang-undang,” kata mereka.

Amalan itu telah dicabar dalam mahkamah rendah tetapi ini adalah kali pertama Mahkamah Agung India menimbang sama ada talak tiga adalah sah ataupun tidak.

India membenarka­n institusi keagamaan untuk menguasai perkara berkaitan perkahwina­n, perceraian dan pewarisan harta di negara pelbagai agama itu, termasuk memaktubka­n talak tiga sebagai saluran yang sah bagi 180 juta Muslim untuk menamatkan rumah tangga.

Namun kerajaan nasionalis Hindu pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi menyokong pembuat petisyen dalam kes bersejarah ini, yang mengisytih­arkan talak tiga sebagai melanggar perlembaga­an dan mendiskrim­inasikan kaum wanita.

Lembaga Undang-undang Peribadi Muslim Seluruh India (AIMPLB), sebuah kumpulan organisasi Islam, menentang sebarang usaha untuk melarang talak tiga.

Ada sarjana Islam yang menyatakan talak tiga tidak disebut dalam Al-Quran, yang sebaliknya memperinci­kan proses berlainan untuk perceraian berdasarka­n usaha perantaraa­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia