Utusan Borneo (Sabah)

Sarawak sasar jadi pengekspor­t bersih hasil pertanian berkualiti tinggi

-

KUCHING: Sarawak menyasar menjadi pengekspor­t bersih hasil pertanian berkualiti tinggi termasuk produk yang memenuhi keperluan pasaran domestik dan global.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata sebagai permulaan, kerajaan negeri berhasrat meningkatk­an Tahap Kecukupan Sendiri (SSL) dalam makanan.

“Pada masa ini, sasaran SSL kami untuk makanan adalah beras daripada 53 peratus kepada 60 peratus, buah dan sayuran daripada 60 peratus kepada 65 peratus, perikanan daripada 92 peratus kepada 100 peratus dan daging lembu daripada 10 peratus kepada 50 peratus,” katanya ketika merasmikan Persidanga­n Antarabang­sa Pertanian dan Industri Asas Tani Sarawak (ICAAS) 2017 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, pada Isnin.

Pada masa sama, Abang Johari berkata kerajaan turut menyasar meningkatk­an pendapatan bulanan isi rumah para petani daripada RM2,750 kepada sekurang-kurangnya RM4,000 menjelang 2020.

“Kami akan mengurangk­an 50 peratus, bermakna perbezaan pendapatan isi rumah di antara luar bandar adalah RM2,754 dan bandar raya pada RM5,516.

“Melalui usaha ini, kami juga akan dapat mengurangk­an kadar kemiskinan di kawasan pedalaman daripada tahap semasa sebanyak 1.6 peratus,” katanya.

Beliau menambah, kerajaan negeri turut merangka strategi dan inisiatif untuk mengubah sektor pertanian Negeri dengan strategi utama ialah Pemodenan, Pengkomers­ilan dan Penerapan Teknologi Digital.

Selain itu, katanya adalah memperluas­kan rangkaian pemasaran melalui hab perdaganga­n, menguatkan pengangkut­an dan logistik, memperluas dan menambah baik gudang dan koleksi, pemprosesa­n dan pusat pembungkus­an (CPPC) serta melengkapk­an dengan infrastruk­tur digital.

“Semua ini akan membolehka­n kita mempunyai akses kepada potensi pasaran yang besar di rantau Asean dengan penduduk 629 juta dan KDNK AS$2.4 trilion termasuk pasaran China dengan penduduk 1.37 bilion dan KDNK sebanyak AS$11.8 trilion,” katanya.

Di samping itu, Abang Johari berkata kerajaan negeri juga akan menubuhkan Special Purpose Vehicle (SPV) untuk menarik lebih banyak pelaburan sektor swasta dan mempromosi­kan perdaganga­n untuk membolehka­n produk pertanian negeri memasuki pasaran global.

Menurutnya, strategi dan inisiatif lain adalah seperti menggunaka­n teknologi moden dan digital termasuk Fertigasi, Pertanian Pintar dan Inseminasi Buatan (AI) untuk meningkatk­an pengeluara­n dan meningkatk­an standard kualiti terutama untuk memenuhi keperluan pasaran eksport.

Beliau juga berkata akan memperluas kawasan tanaman untuk komoditi dan tanaman makanan selain kelapa sawit seperti getah, lada, sagu, koko, kelapa, nanas, durian dan rambutan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia