Utusan Borneo (Sabah)

Terima rasuah RM20 ribu

-

LAHAD DATU: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang polis berpangkat inspektor bersama tiga anggota lain selepas didapati menerima rasuah sebanyak RM20,000 daripada pemberi pinjam wang tidak berlesen atau ‘Ah Long’.

Pengarah SPRM Sabah Datuk Sazali Salbi berkata suspek berpangkat inspektor berumur 34 tahun turut dikenalpas­ti sebagai ketua dalam satu bahagian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai menerima rasuah terbabit dan bersetuju untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap kegiatan Ah Long berkenaan.

“Suspek juga memastikan wang rasuah yang diterima dijadikan sebagai bayaran perlindung­an bulanan daripada pengadu,” katanya.

Beliau berkata susulan permintaan suspek itu, Ah Long berkenaan kemudianny­a memberikan bayaran pendahulua­n kepada suspek sebanyak RM18,000 pada 16 Ogos dan bersetuju memberikan RM2,000 pada Isnin.

“Bertindak daripada maklumat yang diperolehi, sepasukan anggota SPRM melakukan operasi perangkap semasa pengadu memberikan baki wang sejumlah RM2,000 kepada suspek pada 21 Ogos.

“Suspek yang ditahan direman sehingga tujuh hari selepas Mahkamah Lahad Datu meluluskan permohonan daripada pegawai pendakwa,” katanya.

Beliau berkata susulan penahanan suspek pada 21 Ogos, pihaknya melakukan penangkapa­n susulan terhadap tiga lagi anggota polis bagi membantu siasatan kes.

“Ketiga-tiga anggota polis yang berpangkat sarjan, koperal dan lans koperal itu ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kes meminta serta menerima rasuah daripada pengadu pada 16 Ogos.

“Kesemua suspek yang berumur 29 sehingga 34 tahun direman selama tujuh hari bermula petang Rabu,” katanya sambil meambah, kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia