Utusan Borneo (Sabah)

Pelajar SMK Tamparuli wakili Sabah

Pertanding­an Pertunjuka­n Sains Petrosains peringkat kebangsaan

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Tampil dengan pertunjuka­n berkonsepk­an cahaya dan warna prima membolehka­n Elvyronna Anthony dan Roma Izzabelle Joseph yang mewakili Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tamparuli dinobatkan sebagai juara Pertanding­an Pertunjuka­n Sains Pe t ros ain s 2017 peringkat Zon Sabah.

Kedua-dua pelajar Tingkatan Lima ini akan mewakili Sabah ke peringkat kebangsaan dalam pertanding­an yang sama pada Oktober ini.

Roma berkata memandangk­an konsep cahaya begitu dititikber­atkan dalam pertanding­an tahun ini maka, mereka berusaha untuk tampil dengan pertunjuka­n yang berasaskan warna prima dan cahaya.

“Walaupun pada tahun lalu kami ada menghantar penyertaan namun nasib tidak menyebelah­i kami. Pasukan saya gagal terpilih dalam 10 peserta terbaik di peringkat negeri.

“Kegagalan itu yang memberikan kami lebih kekuatan untuk tampil dengan satu idea yang baharu dan persembahk­an idea itu melalui video yang dihantar kepada Petrosains pada Mei lalu,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaia­n Hadiah Pertanding­an Pertunjuka­n Sains Petrosains 2017 peringkat Zon Sabah, di sini pada Rabu.

Bagi memastikan persembaha­n mereka lebih baik, Roma akan berusaha memperbaik­i cara berkomunik­asi dan memberi penerangan. Ia kerana, semasa juri memberi komen, kelemahan yang dilihat adalah cara percakapan­nya yang kurang jelas.

Menjuarai peringkat negeri membolehka­n kedua-dua pelajar ini menerima wang tunai RM500, trofi, sijil penyertaan dan barangan Petrosains.

Sementara itu, Brenda Xavierrie Edmundi dan Naomi Christophe­r yang mewakili SMK St Mary Papar diumumkan sebagai naib juara manakala di tempat ketiga ialah Nurul Dania Adnan dan Siti Alia Maisara Shahrulniz­am dari SMK Sanzac Kota Kinabalu.

Ketiga-tiga pasukan itu adalah antara 10 pasukan yang terpilih untuk bertanding di peringkat negeri.

Pertanding­an anjuran Petrosains ‘The Discovery Centre’ ini memasuki tahun kesembilan penganjura­nnya.

Program bertujuan mempopular­kan subjek sains serta menggalakk­an kaedah pembelajar­an alternatif yang berkesan dan tidak formal dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Ia selaras dengan peranan Petrosains sebagai platform untuk melaksana tanggungja­wab sosial korporat Petronas dalam bidang pendidikan.

Penyertaan terbuka kepada semua pelajar seluruh Malaysia dan kali ini Pe t ros ain s menerima 1,800 penyertaan seluruh Malaysia dan 125 dari Sabah, kata Ketua Pegawai Eksekutif Petrosains Tengku Nasariah Tengku Syed Ibrahim dalam satu kenyataan akhbar.

Beliau berkata, pelajar hanya perlu mempersemb­ahkan konsep sains secara kreatif di atas pentas selama 15 minit.

“Pertanding­an peringkat negeri mula dilaksana sejak Julai dan berakhir pada September depan.

“Pada peringkat akhir, pemenang akan menerima hadiah wang tunai bernilai RM10,000 dan lawatan ke National Museum of Emerging Science & Innovation di Tokyo, Jepun,” katanya.

Tambahnya, peserta peringkat akhir juga akan tampil dalam rancangan televisyen Astro TVIQ yang disiarkan dalam saluran Astro 610.

Pada peringkat akhir, pemenang akan menerima hadiah wang tunai bernilai RM10,000 dan lawatan ke National Museum of Emerging Science & Innovation di Tokyo, Jepun. TENGKU NASARIAH TENGKU SYED IBRAHIM Ketua Pegawai Eksekutif Petrosains

 ??  ?? ROMA (duduk, kanan), Elvyronna dan guru pengiring Ernest Kelly Subin (duduk, kiri) serta Penolong Pengarah Kanan Kesenian Unit Kokurikulu­m Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Kipli Gitam (empat kanan) bergambar bersama pemenang lain, barisan penganjur dan...
ROMA (duduk, kanan), Elvyronna dan guru pengiring Ernest Kelly Subin (duduk, kiri) serta Penolong Pengarah Kanan Kesenian Unit Kokurikulu­m Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Kipli Gitam (empat kanan) bergambar bersama pemenang lain, barisan penganjur dan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia