Utusan Borneo (Sabah)

Kiulu nikmati pelbagai pembanguna­n hasil kemerdekaa­n

-

TUARAN: Sebelum mencapai kemerdekaa­n menerusi gagasan Malaysia, penduduk di kawasan Kiulu yang terletak kira-kira 60 kilometer dari pusat bandar Kota Kinabalu, hidup serba kekurangan terutama dari segi pembanguna­n khususnya kemudahan prasarana.

Sebelum itu kebanyakan penduduk daripada kirakira 106 kampung di seluruh Kiulu terpaksa berjalan kaki sehingga berjam-jam mengharung­i denai, lembah dan lurah serta hutan rimba untuk sampai ke pekan terdekat disebabkan tiada kemudahan jalan raya.

Ki u lu mempunyai keluasan kira-kira 537 KM persegi dan terletak di kaki Banjaran Cr o c ke r dengan bentuk muka bumi di kawasan ini agak mencabar, menyebabka­n ia terputus hubungan dengan dunia luar.

“Sebelum Merdeka, penduduk kampung terpaksa berjalan kali untuk ke tempat lain kerana belum ada jalan raya yang menghubung­kan kampung-kampung di Kiulu.

“Waktu itu belum ada kemudahan elektrik, sekolah, klinik dan kebanyakan penduduk kampung memang susah, dan serba kekurangan,” kata Gintin Gimpat yang kini berusia 90 tahun dari Kampung Mangkalado­m, Kiulu, kepada Bernama.

Beliau berkata keadaan sebelum merdeka amat berbeza berbanding pada masa kini kerana hampir kesemua kampung di Kiulu kini dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk jalan raya, sekolah dan elektrik.

“Jadi inilah nikmat sebenar kemerdekaa­n bagi saya kerana sebelumnya tiada apa-apa pembanguna­n di kampung saya. Seharusnya penduduk di seluruh Kiulu berterima kasih kepada kerajaan yang berjaya merubah landskap pembanguna­n Kiulu,” katanya.

Sibin Gantou, 65, berasal dari Kampung Nulohon Baru berkata transforma­si pembanguna­n di Kiulu kini sangat ketara.

Seiring dengan pembanguna­n dan kemajuan itu, penduduk di Kiulu juga kini banyak berubah dan berjaya hasil daripada kemerdekaa­n yang dikecapi selama ini.

“Kini kehidupan penduduk di seluruh Kiulu semakin selesa dengan ramai penduduk berpendidi­kan tinggi dan menjawat jawatan tinggi dalam sektor awam dan swasta,” katanya.

Beliau berkata kerajaan juga telah menyediaka­n pelbagai bantuan kebajikan untuk membantu penduduk kampung yang kurang berkemampu­an.

Sementara itu, Pemaju Mukin Dewan Undangan Negeri (DUN) Kiulu, Unus Limun berkata kerajaan memperuntu­kkan ratusan juta untuk melaksanak­an pelbagai pembanguna­n di kawasan Kiulu sejak beberapa tahun lepas.

“Ini termasuk projek pembinaan jalan raya Gonipis-Tobobon yang diluluskan di bawah peruntukan kerajaan persekutua­n melalui Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) pada tahun lepas.

“Projek terbaru yang kini dilaksanak­an ialah pembinaan jalan raya sepanjang kira-kira 80 kilometer bermula di pekan Telipok hingga ke Kampung Randagong, Ranau yang menelankos­kira-kiraRM300 juta. Jalan raya berkenaana telah melalui beberapa buah kampung di kawasan Kiulu termasuk Kampung Pukak, Lubok, Lokub dan Kampung Ratau,” katanya.

Unus berkata jalan raya berkenaan sememangny­a dinantikan kerana ia merupakan satu lagi laluan baharu menghubung­kan Kota Kinabalu dan Ranau.

Selain memberi fokus untuk menaik taraf jalan raya, beliau berkata kerajaan juga memberi tumpuan kepada sektor pelanconga­n di kawasan Kiulu.

“Sememangny­a Kiulu terkenal dengan pelanconga­n luar bandar yang sangat menarik dan terbaru kerajaan negeri telah melancarka­n siri Jelajah Pelanconga­n Luar Bandar bagi membangunk­an industri pelanconga­n di kawasan luar bandar dan ia melibatkan Ranau, Tambunan, Kiulu dan Kadamaian,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia