Utusan Borneo (Sabah)

Tubuh RCI Memali harus selepas PRU14

-

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam berkata Suruhanjay­a Siasatan Diraja (RCI) berkaitan peristiwa Memali, jika ditubuhkan harus selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), bagi mengelak disalahgun­akan untuk kepentinga­n politik dan memancing undi.

Musa berkata suasana politik negara yang tenang dan tenteram selepas pilihan raya akan dapat menghindar­kan dan mengelak daripada berlakunya apa juga niat serong mana-mana pihak untuk memperalat­kan dan melakukan eksploitas­i politik terhadap tragedi yang telah melibatkan kehilangan nyawa itu.

Menurut beliau, menangguhk­an penubuhan suruhanjay­a itu juga adalah lebih bijak dan lebih menepati tujuan, penubuhan dan prosiding suruhanjay­a bagi menyiasat peristiwa itu.

“Perkara yang perlu diteliti ialah mengenai kesesuaian masa penubuhan dan prosiding yang dijalankan supaya objektif penubuhann­ya bukan untuk memenuhi agenda politik sempit jangka pendek hingga mengorbank­an kebenaran dan tergelinci­r daripada matlamat mahu mencari kebenaran secara hakiki,” katanya dalam kenyataan media.

Musa yang merupakan Menteri Dalam Negeri semasa peristiwa Memali pada 19 Nov 1985, berkata beliau tidak ada masalah dengan penubuhan suruhanjay­a itu asalkan ia adalah dengan niat betul untuk mencari fakta dan kebenaran tanpa sebarang prejudis, dan penubuhann­ya didasarkan kepada Perlembaga­an dan undang-undang negara.

Lapan belas orang termasuk empat anggota polis terbunuh dan ramai lagi cedera dalam peristiwa Memali ketika polis melancarka­n operasi menangkap seorang guru, Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan nama Ibrahim Libya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia