Utusan Borneo (Sabah)

100 pelajar ikuti Tuisyen Rakyat @KKLW

-

Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

SERAMAI 100 pelajar yang bakal mengambil Sijil Peperiksaa­n Malaysia (SPM) tidak lama lagi terpilih untuk mengikuti Program Tuisyen Rakyat @KKLW (Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah) selama dua hari yang diadakan di Sekolah Menengah (SM) St Dominic pada Ahad.

Program di bawah Yayasan Pelajaran Mara (YPM) yang mendapat kerjasama bersama pergerakan Puteri Umno Bahagian Silam itu dijayakan lima guru pembimbing dan diikuti 34 pelajar dari SM St Dominic, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sepagaya (33 orang) dan SMK Agaseh (33 orang).

Pengerusi YPM Datuk Zahida Zarik Khan ketika menemui pelajar berkenaan berkata program tuisyen secara percuma itu adalah untuk calon SPM dari keluarga berpendapa­tan rendah di luar bandar.

“Objektif utama program ini adalah meningkatk­an tahap penguasaan dan pencapaian akademik sebagai pemangkin kecemerlan­gan modal insan.

“Ia secara tidak langsung ia membantu pelajar mendapat pelajaran tambahan secara percuma di luar waktu pembelajar­an rasmi daripada guru-guru pembimbing,” katanya.

Zahida yang juga Naib Ketua Pergerakan Puteri Umno Malaysia turut menyeru agar pelajar yang terpilih mengikuti tuisyen itu memanfaatk­an sepenuhnya peluang itu dan dapat memotivasi­kan diri mencapai kejayaan.

“Saya juga ingin berpesan agar semua sentiasa memberi fokus untuk mencapai kecemerlan­gan dalam SPM dan seterusnya.

“Ingatlah bahawa kejayaan kalian semua ini nanti akan dapat mengubah masa depan dan nasib keluarga tersayang,” katanya.

Ketua Puteri Umno Bahagian Silam Zuraida Asdain berterima kasih kepada KKLW khususnya YPM kerana memberi peluang kepada 100 pelajar di sini mengikuti program tuisyen itu.

“Saya berharap program ini dapat membantu pelajar meningkatk­an tahap pencapaian akademik mereka dalam SPM,” katanya.

Untuk rekod, di seluruh negara program Tuisyen Rakyat @KKLW telah diikuti seramai 6,667 pelajar pada tahun 2013, 9,400 orang (2014), 8,869 orang (2015) dan 12,989 orang (2016).

 ??  ?? ZAHIDA dan Zuraidah meluangkan masa memberi kata-kata semangat kepada pelajar.
ZAHIDA dan Zuraidah meluangkan masa memberi kata-kata semangat kepada pelajar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia