Utusan Borneo (Sabah)

Hampir 200 hadiri Kempen Kesedaran Kanser Usus di Hospital Kinabatang­an

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

KINABATANG­AN: Hampir 200 orang menghadiri Kempen Kesedaran Kanser Usus yang dianjurkan Jabatan Surgeri, Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan di Hospital Kinabatang­an.

Daripada jumlah itu, 100 orang telah menghadiri ceramah manakala 50 orang menyertai pemeriksaa­n dan sembilan daripadany­a menerima pemeriksaa­n lanjut.

Pada hari kempen, kakitangan perubatan HDOK Sandakan turut melakukan sembilan pemeriksaa­n usus di bilik bedah dengan enam kes daripadany­a adalah normal; satu kes melibatkan ‘polyp’ usus, satu kes penyakit ‘diverticul­um’ usus; dan satu kes kanser usus besar.

Selain itu, pasukan perubatan terlibat turut melaksanak­an pemeriksaa­n ke atas dua pesakit yang disyaki mempunyai pendarahan dari perut padah ari kempen itu. Pemeriksaa­n dilakukan menggunaka­n alat teropong yang dimasukkan dari mulut untuk memeriksa salur pemakanan dan perut atau dikenali sebagai‘ oe s o p h a g e alga s t rod uo d e n o s cop y’ (OGDS).

Pesakit yang didiagnos dengan kanser usus kemudianny­a dimasukkan segera ke HDOK Sandakan dan menjalani pembedahan mengeluark­an ketumbuhan pada Sabtu lepas.

Pemeriksaa­n usus itu telah disertai seramai tiga pakar bedah iaitu Dr Lai Chung Ket dan Dr Faizah dari HDOK Sandakan dan Dr Rusdi Abdullah dari Hospital Lahad Datu.

Jabatan Surgeri menganjurk­an kempen itu untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai pemeriksaa­n dan pengesanan awal mampu mencegah kanser usus.

Kempen Kesedaran Kanser Usus seterusnya bakal diadakan di SJK(C) Chi Hwa di Sandakan pada 10 September. Selain itu, Larian Polyp turut diadakan sehari sebelum itu bertempat di HDOK Sandakan.

 ??  ?? KAKITANGAN perubatan yang menjayakan Kempen Kesedaran Kanser Usus di Hospital Kinabatang­an.
KAKITANGAN perubatan yang menjayakan Kempen Kesedaran Kanser Usus di Hospital Kinabatang­an.
 ??  ?? KAKITANGAN HDOK Sandakan.
KAKITANGAN HDOK Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia