Utusan Borneo (Sabah)

Hato ragut nyawa di Macau, jejas HK

Amaran Taufan 10 dinaikkan pihak berkuasa sebelum ribut kuat itu badai China

-

“84

cedera dan 280 lagi berlindung di pusat perlindung­an sementara. Balai cerap cuaca menaikkan amaran taufan kepada maksimum Taufan 10 ketika taufan itu melanda, kali ketiga sejak 1997. Taufan melepasi wilayah itu sejauh 60 kilometer dan mendarat tengah hari Selasa di bandar selatan tanah besar China Zhuhai. KERAJAAN HONG KONG

HONG KONG: Taufan Hato menyebabka­n tiga maut di hab perjudian Macau semalam ketika huru-hara dan kemusnahan disaksikan di wilayah tersebut selepas ia membadai wilayah berjiran Hong Kong.

Media tempatan menunjukka­n banjir teruk menenggela­mi kereta dan beberapa orang berenang di jalanan bandar Macau, tatkala kasino mega di wilayah itu berfungsi dengan alat jana kuasa elektrik sokongan.

Tiga lelaki berusia antara 30 hingga 65 tahun maut, menurut kerajaan Macau, manakala dua hilang.

Seorang lelaki mati akibat kecederaan ditimpa dinding tumbang setelah ditiup angin kuat, satu lagi jatuh dari teres tingkat lima dan mangsa ketiga adalah pelancong China yang dilanggar trak.

Apple Daily menunjukka­n rakaman orang ramai berenang meredah air berlumpur yang menenggela­mi jalan raya, malah ada yang terjatuh ditiup angin kuat.

Penduduk Macau menyuaraka­n aduan mereka di media sosial mengenai gangguan bekalan tenaga elektrik dan rangkaian telefon bimbit yang meluas.

Brian Chan, 31, mendakwa pihak berkuasa gagal memberi amaran mencukupi tentang ketibaan ribut itu dan tidak bersedia sama sekali, sekali gus menggambar­kan wilayah itu terjejas sepenuhnya akibat dibadai taufan.

Bekalan air juga terhad dan 50 penerbanga­n dibatalkan, menurut pihak berkuasa.

Sementara itu di Hong Kong, taufan membawa angin dan hujan lebat menyebabka­n pembatalan ratusan penerbanga­n dalam ribut paling kencang sejak lima tahun lalu.

Kerajaan berkata, 84 cedera dan 280 lagi berlindung di pusat perlindung­an sementara.

Balai cerap cuaca menaikkan amaran taufan kepada maksimum Taufan 10 ketika taufan itu melanda, kali ketiga sejak 1997.

Taufan melepasi wilayah itu sejauh 60 kilometer dan mendarat tengah hari Selasa di bandar selatan tanah besar China Zhuhai.

Ribuan penduduk di beberapa bahagian di selatan China kelmarin dalam persiapan menjelang ketibaan ribut, menurut agensi berita rasmi Xinhua.

Hato menyebabka­n ombak setinggi beberapa meter menghempas pantai dengan banjir di beberapa kawasan sedalam dua kaki.

Ribut selaju 207 kilometer sejam (kmsj) menerbangk­an puing, menumbangk­an pokok dan aram-aram, selain merosakkan kren pembinaan dan memecahkan tingkap menara pencakar langit.

Pokok tumbang menyebabka­n jalan raya terputus di beberapa bahagian, dengan Taman Victoria menyaksika­n kemusnahan teruk.

“Saya berada di atas beranda di perkampung­an Yuen Long apabila sebatang pokok ‘terbang’ melintasi rumah saya,” kata Dave Coulson dari wilayah desa New Territorie­s di bahagian barat laut, dan menambah dia kerap mengalami gangguan bekalan elektrik.

Jalan raya yang lazimnya sesak kelihatan lengang ketika ribut membadai pada kemuncakny­a, melainkan beberapa penduduk yang cuba meredah ribut.

Ada yang keluar dengan kamera untuk mengambil gambar dan merakamkan taufan dengan video.

Seorang penduduk Taman Lohas membawa anak perempuann­ya yang kecil mengalami keadaan cuaca.

Bandar raya itu menyaksika­n taufan terkuat pada 1962 apabila pusat Taufan Wanda melintas dan ribut selaju 284 kmsj direkodkan.

Ia mengorbank­an 130 orang dan memusnahka­n ribuan kediaman, menyebabka­n 72,000 orang tiada tempat tinggal.

Kali terakhir isyarat Taufan 10 dinaikkan di Hong Kong adalah untuk Taufan Vicente pada 2012.

 ?? — Gambar Reuters ?? SAMPAH sarap dan busa pembungkus­an memenuhi kaki lima jalan setelah Hong Kong dilanda banjir kilat susulan kemaraan Hato,.
— Gambar Reuters SAMPAH sarap dan busa pembungkus­an memenuhi kaki lima jalan setelah Hong Kong dilanda banjir kilat susulan kemaraan Hato,.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia