Utusan Borneo (Sabah)

Gunung sampah runtuh di Guinea

Tapak pelupusan menimbus rumah akibat gelinciran tanah susulan hujan

-

CONAKRY: Sekurang kurangnya lapan orang maut dan lain-lain cedera di Guinea apabila sebahagian daripada sebuah tapak pelupusan sampah runtuh ke atas rumah di pinggir ibu kota Conakry, dalam keadaan hujan lebat, kata pegawai polis dan kerajaan kelmarin.

Bencana itu menyusuli kejadian tanah runtuh di Sierra Leone dan Republik Demokratik Congo di mana ratusan orang sudah maut sejak awal minggu lepas. Pihak berkuasa menyatakan hujan lebat di rantau berkenaan boleh menyebabka­n lebih banyak kematian.

Insiden Isnin lepas di Guinea berlaku pada sebelah pagi dalam kejiranan Dar Es Salam selepas hujan lebat turun pada malam sebelum itu.

Kawasan kejadian penuh dengan rumah kayu berbumbung zink, sebahagian­nya terletak di bahagian bawah timbunan sampah yang amat tinggi.

“Saya melihat gunung sampah runtuh ke atas rumah orang lain.

“Ramai mangsa terperangk­ap,” kata penduduk Dar Es Salam, Yamoussa Soumah.

“Isteri saya dan saya terdengar lumpur mula jatuh ke atas bumbung kami.

“Kami berjaya meloloskan diri, tetapi kami kini tinggal sehelai sepinggang.”

Kerajaan pada mulanya menyatakan lima orang maut dan kira-kira 10 cedera.

Sumber polis kanan kemudian berkata lapan telah mati, dan pegawai kedua berkata kerajaan sedang bersedia untuk menaikkan bilangan kematian selepas menemui tiga mayat lagi.

Seorang kanak-kanak perempuan dikeluarka­n hidup-hidup dari puing dan dikejarkan kepada ahli medik dalam tangan seorang pekerja penyelamat.

Pekerja penyelamat mengeluark­an 499 mayat dari bawah tanah sejak lereng Gunung Sugar Loaf runtuh Isnin lepas berhampira­n ibu kota Sierra Leone, Freetown, dalam salah satu bencana berkaitan banjir yang terburuk di Afrika sejak sekian lama.

Lebih 200 orang dipercayai sudah terkorban di Congo beberapa hari kemudian apabila satu lagi kejadian tanah runtuh di perkampung­an Tora di tepi pantai Tasik Albert, sebuah zon yang aktif dari segi seismik di barat Lembah Rift.

“Saya

melihat gunung sampah runtuh ke atas rumah orang lain. Ramai mangsa terperangk­ap. YAMOUSSA SOUMAH Penduduk

 ??  ??
 ?? Gambar Reuters ?? ORANG ramai mengerumun­i tempat kejadian di tapak pelupusan sampah di kawasan kejiranan Dar Es Salam di pinggir Conakry, kelmarin. —
Gambar Reuters ORANG ramai mengerumun­i tempat kejadian di tapak pelupusan sampah di kawasan kejiranan Dar Es Salam di pinggir Conakry, kelmarin. —

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia