Utusan Borneo (Sabah)

Calon PT3 dan ibu bapa hadiri Pecutan Akhir PT3

-

LABUAN: Seramai hampir 200 calon PT3 dan calon Pendidikan Asas Vokasional (PAV), SMK Pantai IB World School telah mengikuti Program Pecutan Akhir PT3 dan PAV Tahun 2017 di Dewan Gemilang pada Isnin.

Seperti Pecutan Akhir SPM sebelumnya, sekali lagi penceramah undangan khas dari Kuala Lumpur, Hilter Yew mengendali­kan program itu.

Kehadiran ibu bapa dan penjaga murid serta pengetua dan guru-guru PT3, dan PAV sekolah ini dalam program berkenaan memberi suntikan semangat untuk pelajar untuk menghadapi PT3 dan PAV.

Kelihatan beberapa pelajar menitiskan air mata ketika program berlangsun­g kerana mereka amat terharu dengan dengan kehadiran ibu bapa dan penjaga.

Mereka terharu kerana merasai dihargai dan pengorbana­n besar ibu bapa dalam usaha memanfaatk­an ilmu yang dipelajari dengan bimbingan para ibu bapa.

Sementara itu, Pengetua SMK Pantai IB World School Sahar Misron berkata sekolah itu menyasarka­n 55.55 peratus pelajar lulus PT3 dan PAV serta gred purata sekolah di bawah 3.0.

Beliau melahirkan rasa gembira dengan kehadiran ramai ibu bapa dan guru-guru dalam Program Pecutan Akhir PT3 dan PAV kali ini.

“Kehadiran ibu bapa terutamany­a memberi keyakinan kepada pelajar untuk melonjakka­n kecemerlan­gan prestasi mereka dalam Pentaksira­n PT3 dan PAV akan diadakan pada Oktober nanti.

“Selain Pentaksira­n PT3 dan PAV, pelajar juga akan ditafsir melalui pentaksira­n ‘Middle Years Programme: Internatio­nal Baccalaure­ate’ (MYP iB) dan akan diberikan sijil khas,” katanya.

 ??  ?? SAHAR bersama calon PT3 SMK Pantai dan ibu bapa yang mengikuti program itu.
SAHAR bersama calon PT3 SMK Pantai dan ibu bapa yang mengikuti program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia