Utusan Borneo (Sabah)

35 AGENSI LEMAH

Dari segi tahap pematuhan AKKP 1994

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Sebanyak 35 agensi kerajaan Persekutua­n dan negeri termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini masih lemah dalam tahap pematuhan Akta Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994, berdasarka­n hasil audit tahun lepas.

Pengarah Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Sabah Mohd Zahari Hitam (gambar) berkata, sebanyak lapan agensi kerajaan Persekutua­n termasuk satu PBT mendapat gred B, manakala selebihnya mendapat Gred C.

“Kita mendapati kebanyakan agensi terlibat lemah dalam tahap pematuhan AKKP 1994, pengurusan dokumen KKP serta kesedaran daripada pihak pengurusan dan kumpulan sokongan penjawat awam yang masih kurang memuaskan.

“Bagaimanap­un, secara keseluruha­nnya, kesalahan tidaklah berisiko tinggi dan ketidakpat­uhan berlaku hanya daripada aspek kekemasan pejabat, keadaan fizikal pejabat dan sebagainya.

“Tindakan sudahpun diambil iaitu memberikan surat arahan, nasihat dan tunjuk ajar agar kesilapan sebelum ini akan dapat diperbaiki dari semasa ke semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Bengkel Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Sektor Awam ‘Hazard

Identifica­tion, Risk Assesement

and Risk Control’ (HIRARC) peringkat negeri Sabah 2017, di sini pada Khamis.

Zahari berkata, pelaksanaa­n audit pematuhan AKKP 1994 bagi tahun ini pula lebih memfokuska­n sektor awam seperti hospital awam, jabatanjab­atan di bawah Kementeria­n Sumber Manusia dan agensi lain yang berisiko tinggi.

Justeru katanya, ketua jabatan dan penjawat awam haruslah memberikan komitmen yang baik dalam meningkatk­an tahap keselamata­n dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja.

Sementara itu, Timbalan Presiden I Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmat­an Awam Malaysia (Cuepacs) Mohd Shaman Jaes mengingatk­an majikan atau ketua sektor supaya melaksanak­an sepenuhnya AKKP 1994 dalam sistem pengurusan dan pentadbira­n jabatan masing-masing.

Katanya, JKKP juga diminta supaya mengenakan tindakan yang lebih rasional dan komprehens­if melalui akta berkenaan dalam mengenakan tindakan kepada majikan atau jabatan yang tidak mengikuti piawaian yang ditetapkan.

“Kita kena melihat dalam dimensi berlainan iaitu dahulu kita tidak kerja secara mencabar, tetapi sekarang akibat pembanguna­n, ledakan teknologi, ekspektasi manusia menyebabka­n pekerja kita menghadapi pelbagai ancaman.

“Jadi, JKKP perlu menguatkua­sakan akta yang sedia ada ini tidak kira sama ada kerajaan mahupun swasta agar pembanguna­n modal insan dalam menjana pembanguna­n dapat dijaga dengan baik supaya penjawat awam dapat bekerja secara kondusif dan sistematik,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia