Utusan Borneo (Sabah)

Koleksi peribadi Hassan Sani, James Wong disimpan dalam Arkib Negeri

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Bagi memastikan jasa dan sumbangan individu yang pernah mengharumk­an nama Sabah tidak dilupakan begitu sahaja, usaha diambil bagi menyimpan koleksi peribadi mereka di Jabatan Arkib Negeri.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata langkah yang diambil Jawatankua­sa Penganjur Pameran ‘Negaraku Malaysia, Sabah Tanah Airku’ itu amat tepat kerana sudah tiba masanya jasa dan sumbangan individu yang berbakti untuk negeri diberi penghargaa­n dan pengiktira­fan.

“Dalam majlis tadi, lagenda bola sepak Sabah Datuk James Wong dan Datuk Hassan Sani serta dua lagi individu berjasa kepada Sabah menyerahka­n koleksi peribadi mereka kepada Jabatan Arkib untuk disimpan dan dipamerkan di Arkib Negeri.

“Usaha itu dilakukan bagi memastikan koleksi peribadi mereka ini tersimpan dengan baik untuk dijadikan rujukan bagi generasi akan datang.

“Jawatankua­sa penganjur hanya memanggil mereka yang terpilih sahaja bagi menyerahka­n koleksi peribadi mereka sempena pameran ini,” katanya selepas melancarka­n Pameran Negaraku Malaysia, Sabah Tanah Airku sempena sambutan Hari Kebangsaan 2017 di kompleks beli-belah Suria Sabah, di sini pada Khamis.

Menurutnya, pameran sebegitu perlu diadakan bagi memberitah­u masyarakat terutama generasi muda mengenai sejarah dan perkembang­an pembanguna­n yang dilaksana di negeri ini.

Mengenai persiapan sambutan Hari Kebangsaan pula, Hajiji yang juga pengerusi Jawatankua­sa Induk Sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri berkata persiapan sudah mencapai 100 peratus dan mereka sudah bersedia menjayakan acara perbarisan itu.

Katanya, sebanyak 190 kontinjeny­angakanmen­gambil bahagian dalam sambutan berkenaan.

 ??  ?? HASSAN (kiri) menyerahka­n koleksi peribadi kepada Hajiji untuk diserahkan kepada Arkib Negeri. Turut kelihatan James (tiga kiri).
HASSAN (kiri) menyerahka­n koleksi peribadi kepada Hajiji untuk diserahkan kepada Arkib Negeri. Turut kelihatan James (tiga kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia