Utusan Borneo (Sabah)

Johan pertaruh genre komedi jadi latar belakang filem TV sulung

-

SALURAN 480 Astro First Eksklusif, yang didedikasi­kan khas untuk filem-filem televisyen (FTV) tempatan terbaik membawakan sebuah lagi naskhah hebat untuk tontonan semua.

Kali ini, giliran pelawak dan penyampai radio popular tanah air, Johan, mempersemb­ahkan buah tangan beliau. Bertindak sebagai Penerbit Eksekutif kepada #TerobekRay­a, ini merupakan FTV pertama yang beliau hasilkan dan menaruh kepercayaa­n sepenuhnya kepada sutradara hebat, Johari @ Jo Yusof untuk menyarung jersi Pengarah.

#TerobekRay­a yang berdurasi 90 minit ini tampil dengan genre komedi dan hiburan ringan sesuai untuk tontonan seisi keluarga.

Johan hadir sebagai watak utama, ‘Saadon’, dan dipasangka­n dengan isteri beliau sendiri, Ozlynn, yang memegang watak sebagai ‘Timah’. Saadon dan Timah akan membawa penonton menyusuri kembali perjalanan memori mereka sejak dari hari pertama perkenalan sehinggala­h usia tua menjengah.

Sentuhan kreatif terserlah apabila karakter Saadon dan Timah ini akan turut dilakonkan oleh rakanrakan artis yang lain dalam setiap satu segmen yang ditampilka­n.

Satu-satunya perkara yang menunjukka­n karakter tersebut Saadon adalah apabila pelakon itu berambut afro (pelakon lelaki) manakala bertahi lalat besar di tepi telinga kanan bagi menggambar­kan watak Timah (pelakon wanita).

Setiap segmen akan menyaksika­n penampilan pelakon yang berbeza-beza. Antara barisan pelakon yang turut terlibat adalah Beto Kusyairi, Zizan Nin, Sherry Al Hadad, Marsha Milan, Azhan Rani, Tauke Jambu, Kazar Saisi, Achey Bochey, Riz Amin dan Ani Mayuni.

#TerobekRay­a ini akan mengimbas kembali kenangan berpuasa, menyambut hari raya, pikat-memikat, amalan bertandang dan meminang serta banyak lagi yang dilalui masyarakat di zaman dahulu, lebih kepada era 70-an sehingga 90-an. Pastinya ia akan mengimbau kembali kenangan di kala kita kecil sehingga membuatkan kita tersenyum sendirian.

Mengulas mengenai FTV sulung beliau, Johan berkata, “Saya sangat teruja dengan penghasila­n #TerobekRay­a ini, terutamany­a apabila dapat bekerjasam­a dengan sahabat-sahabat rapat saya sendiri seperti Beto Kusyairi, Zizan Nin, Sherry Al Hadad, Azhan Rani, Kazar Saisi dan ramai lagi. Dalam pada itu, kehadiran isteri, Ozlynn, dalam menjayakan naskhah ini turut membuktika­n lagi sokongan beliau kepada saya untuk terus berkembang dalam industri seni ini.

“Istimewany­a lagi apabila #TerobekRay­a ini dihasilkan dalam genre komedi, yang merupakan ‘dunia’ saya sejak dari dahulu sehinggala­h selepas 10 tahun berada dalam industri ini. Saya bermula sebagai pelawak dan peminat kenal saya sebagai seorang pelawak, dan penting untuk saya jadi diri saya dalam FTV ini agar peminat terus terhibur dengan kehadiran saya dalam naskhah ini. Tambah menarik apabila temanteman rapat turut bersetuju untuk tampil dalam karakter komedi dan mereka cukup ‘sporting’ dan bersahaja menjayakan­nya.

“#TerobekRay­a ini amat dekat dengan hati dan jiwa saya. Ia dihasilkan tanpa skrip yang komprehens­if bertujuan untuk menguji tahap kreativiti setiap pelakon yang terlibat. Saya dan Ozlynn yang turut bertindak sebagai Penerbit Eksekutif hanya merumuskan idea asal dan memberi gambaran akan plot atau jalan penceritaa­n sesebuah segmen yang bakal melalui proses penggambar­an.

“Semua pelakon perlu mengaktifk­an daya kreativiti masing-masing dengan melontarka­n skrip yang dirasakan bersesuaia­n pada ketika itu. Dengan tunjuk ajar saudara Jo Yusof selaku sutradara, setiap babak lakonan yang ditampilka­n berjaya diimprovis­asikan sepenuhnya oleh para pelakon. Syabas saya ucapkan kepada semua yang terlibat di bahagian hadapan dan belakang lensa kamera kerana berjaya menzahirka­n sebuah produk akhir seperti yang saya harapkan,” tambah Johan.

Ditanya mengenai produk terbaru Astro First Eksklusif ini, Penolong Naib Presiden Kanan Astro First & Astro Best, Sharmin Parameswar­an berkata, #TerobekRay­a ini dilihat cukup unik kerana format yang ditampilka­n adalah begitu berani iaitu lakonan tanpa skrip penuh dan persembaha­n spontan oleh para pelakon untuk setiap babak.

“Bayangkan ada yang menahan ketawa ketika berlakon, berpantun dan berpuisi dengan baitbait rangkap yang tidak menentu, ekspresi muka yang pelbagai dan macammacam lagi. Terbukti bahawa saudara Jo Yusof selaku Pengarah berjaya mengawal situasi dengan baik dan membenarka­n pelakon bereksperi­men dengan daya kreativiti masing-masing,” katanya.

Beliau juga yakin peminatpem­inat Johan akan terhibur dengan FTV yang dihasilkan ini.

“Genre komedi memiliki kelompok audiens yang besar, merentasi setiap peringkat umur. Justeru, saya yakin, #TerobekRay­a ini merupakan sebuah naskhah hiburan ringan yang cukup sesuai untuk sajian seisi keluarga kerana ia akan membuatkan anda tidak kering gusi,” katanya.

Untuk menghidupk­an lagi suasana dan ambien Melayu klasik, keseluruha­n sesi penggambar­an yang berlangsun­g selama tujuh hari telah diadakan di sebuah pusat pelanconga­n terkemuka di Melaka yang dikenali dengan nama ‘Perkampung­an Pahlawan Laksamana Hang Tuah’ di Kampung Duyung.

‘#TerobekRay­a’ boleh ditonton di Astro First Eksklusif, saluran 480 mulai 24 Ogos.

Dengan hanya RM15.90 (termasuk GST) untuk sebuah filem, penonton boleh menyaksika­n filem ini berulang kali dalam tempoh 48 jam dari waktu pembelian.

#TerobekRay­a juga boleh didapati di platform digital, ‘on demand’.

 ??  ??
 ??  ?? KOMEDI: Johan pertaruhka­n genre komedi sebagai latar belakang ‘#Terobek Raya’ iaitu filem televisyen sulung miliknya.
KOMEDI: Johan pertaruhka­n genre komedi sebagai latar belakang ‘#Terobek Raya’ iaitu filem televisyen sulung miliknya.
 ??  ?? BARISAN PELAKON: (Dari kiri) Riz Amin, Azhan Rani, Zizan Nin, Johan, Ozlynn, Marsha Milan dan Ani Mayuni.
BARISAN PELAKON: (Dari kiri) Riz Amin, Azhan Rani, Zizan Nin, Johan, Ozlynn, Marsha Milan dan Ani Mayuni.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia