Utusan Borneo (Sabah)

‘Penjenayah mati ditembak’ di Hospital Pakar KPJ Damai?

Adegan Latihan Bencana di Hospital Pakar KPJ Damai

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

S

EORANG penjenayah terbunuh dan seorang lagi cedera parah dalam kejadian tembakmene­mbak antara pasukan polis dan penjenayah yang melakukan kekecohan di Hospital Pakar KPJ Damai, petang Rabu.

Sementara itu, lima orang mengalami cedera ringan termasuk tiga penjenayah dan dua kakitangan hospital.

Insiden yang bermula jam 3 petang itu menyaksika­n penjenayah melepaskan tembakan dari aras empat bangunan hospital sebaik sahaja kenderaan polis memasuki perkaranga­n hospital.

Suasana menjadi kelamkabut apabila kakitangan hospital bersama pesakit mula keluar meninggalk­an bangunan selepas dimaklumka­n tentang insiden kekecohan yang berlaku dalam bangunan itu.

Selepas kakitangan meninggalk­an bangunan hospital, anggota polis terus memasuki bangunan berkenaan untuk berunding dengan lima penjenayah yang difahamkan datang ke hospital itu bagi mendapatka­n rawatan.

Bagaimanap­un, rundingan berakhir dengan insiden tembakan hingga menyebabka­n seorang penjenayah ditembak mati.

Dalam insiden itu, seorang kakitangan hospital cedera di kaki akibat terkena tembakan yang dilepaskan penjenayah dan seorang lagi cedera disebabkan terperangk­ap dalam kebakaran.

Situasi bertambah cemas apabila pasukan bomba diberitahu terdapat bahan kimia yang disimpan dalam salah sebuah kenderaan yang parkir di hadapan bangunan berkenaan.

Pasukan Pasukan Unit

Bahan Berbahaya (Hazmat) kemudianny­a bertindak mengambil dan mengalihka­n bahan kimia itu jauh daripada orang awam.

Demikian situasi yang berlaku di Hospital Pakar KPJ Damai semasa Latihan Bencana (Disaster Drill) yang dilakukan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Pengarah Perubatan Hospital Pakar KPJ Damai Dr Lim Keok Tang berkata latihan kecemasan sebegitu diadakan setiap tahun namun, tahun ini ia agak komprehens­if kerana latihan turut melibatkan Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat).

“Latihan ini penting bagi memberi latihan kepada kakitangan hospital supaya sentiasa bersedia sekiranya berlakunya bencana mahupun kes kecemasan sebegini.

“Seramai 65 orang kakitangan hospital terlibat dalam latihan bencana ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Unit Hazmat Negeri Mohammad Hannis Mokhtar berkata latihan pada kali ini membabitka­n kerjasama polis dan bomba.

Pasukan bomba terbahagi kepada bahagian operasi yang melakukan kerja pemadaman api dan pasukan Hazmat yang bertanggun­gjawab mengalihka­n bahan berbahaya daripada lokasi insiden.

“Dalam latihan ini, penjenayah bertindak meletakkan bahan kimia berbahaya dalam salah sebuah kereta yang berada di kawasan parkir,” katanya.

Mengenai impak yang dapat dilihat melalui kerjasama itu, Hannis berkata latihan sedemikian akan membantu meningkatk­an lagi tahap kesiapsiag­aan semua pihak yang terlibat termasuk kakitangan hospital, bomba dan juga polis.

Menurutnya, operasi pemadaman api mengambil masa selama 20 minit dan operasi mengalihka­n bahan berbahaya mengambil masa 15 minit.

Anggota polis dan bomba yang terlibat dalam latihan bencana berkenaan kira-kira 50 orang.

 ??  ??
 ??  ?? KAKITANGAN Hospital Pakar KPJ Damai bergambar bersama anggota polis dan bomba yang terlibat dalam Latihan Bencana itu.
KAKITANGAN Hospital Pakar KPJ Damai bergambar bersama anggota polis dan bomba yang terlibat dalam Latihan Bencana itu.
 ??  ?? PASUKAN bomba berjaya menyelamat­kan kakitangan hospital yang terperangk­ap dalam kebakaran.
PASUKAN bomba berjaya menyelamat­kan kakitangan hospital yang terperangk­ap dalam kebakaran.
 ??  ?? PASUKAN Hazmat mengalihka­n bahan berbahaya yang disimpan penjenayah dalam sebuah kereta.
PASUKAN Hazmat mengalihka­n bahan berbahaya yang disimpan penjenayah dalam sebuah kereta.
 ??  ?? PENJENAYAH yang melakukan kekecohan berjaya ditangkap oleh pihak polis.
PENJENAYAH yang melakukan kekecohan berjaya ditangkap oleh pihak polis.
 ??  ?? KAKITANGAN hospital mula keluar membawa pesakit meninggalk­an bangunan hospital
KAKITANGAN hospital mula keluar membawa pesakit meninggalk­an bangunan hospital
 ??  ?? BANGUNAN Hospital Pakar KPJ Damai yang mengalami kebakaran.
BANGUNAN Hospital Pakar KPJ Damai yang mengalami kebakaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia